t>

Breaking News

Festival Arak Terbesar Di Malaysia - Khalid Samad, Nasruddin Bercanggah Pendapat.

Tah hapa2.


Khalid Samad neh tatau isu sebenar pada pesta arak terbesar tue. Isu yang paling utama ialah papan iklan pesta arak terbesar tue.

Memang la non muslim boleh minum arak.

Tak siapa nafi, tak siapa halang.

Tapi untuk apa buat papan iklan besar2 tue? Untuk tujuan promosi kan? Untuk apa promosi? Untuk orang tahu kan? Untuk apa nak bagitau orang? Untuk orang turut serta kan? Untuk apa seru orang turut serta? Untuk dapatkan keuntungan?

So.

Atas sebab apa kita di negara ini mesti menguntungkan syarikat arak punya bisnes sedangkan dalam waktu yang sama consume arak keterlaluan akan memudaratkan sosio masyarakat apatah lagi jika ia menjadi budaya ataupun amalan di negara neh, ia semacam tidak kena dengan gaya hidup yang sihat.

Kat negara China. Dorang siap ada kempen gaya hidup sihat tanpa consume minuman beralkohol. Bukan atas alasan agama tapi atas alasan kesihatan. Which is memang betul. Kita tengok ada banyak kajian dijalankan bagaimana pengambilan arak lebih2 lagi secara keterlaluan boleh merosakkan tubuh badan.

So yang ditekankan kat sini tentang pesta arak terbesar bukan la merujuk kepada non muslim yang dibolehkan minum arak tapi iklan dia. Itu pertama. Kedua, pesta arak terbesar dan ini Malaysia kot. Macam dah takde benda lain yang boleh dibuat untuk mempromosikan negara. Tolong la.

Nak buat pesta, buat la dalam kadar yang tak menganggu orang awam. 

Ini letak papan iklan besar gedabak sampai semua orang boleh baca.

Letak kat tempat awam.

Patut ke?

Iklan rokok tak boleh masuk tv atas alasan sensitif.
Iklan arak pun tak boleh masuk tv atas alasan sensitif.
Pasal apa iklan pesta arak boleh dibiarkan atas kawasan awam?

Tak rasa sensitif ka?

Tempat awam semua orang boleh nampak dan bawah 21 pun boleh baca woi.

Ambil la pengajaran sikit. Nak terbuka sekali pun. Jangan sampai tak peka.

Satu lagi. Bab Khalid dok banding arak dengan syirik. Suka2 ahti aje cakap non muslim yang tak mengamalkan ajaran islam syirik. Bodoh. Maaf. Dia memang bodoh.

Kita kena raikan kepelbagaian agama dan hormati mereka. Jangan sentuh bab agama dan kepercayaan mereka.

Tapi dalam isu arak, kita bukan nak banding dosa dalam Islam. Jangan salah faham. Syirik terpakai kalau muslim vs muslim. Istilah syirik tak wujud untuk non muslim dan jangan suka2 heret orang lain punya kepercayaan.

Sebenarnya point Nasruddin tue tepat. Arak dibanding dengan seks bebas. Kita akui non muslim tidak terikat untuk melakukan seks selepas kahwin. Mereka boleh melakukan hubungan seks sebelum perkahwinan. Dan bayangkan jika mereka mempromosikan satu event seks bebas dan jemput orang ramai berseks bebas di satu lokasi, apa agaknya yang kita akan fikir?

Sama juga dengan konsepnya dengan arak.

Diakui. Mereka berhak minum arak. Tapi perlu kah promosi besar-besaran pesta arak terbesar di dunia?

Ko nak mabuk2 pun oke fine. Tapi promosi macam tue tak kena gaya. Sebab mendorong kepada galakan. Lebih2 lagi muda mudi yang sikit2 nak mencuba itu ini.

So, fikir panjang. Jangan fikir, politiking je Khalid Samad woi. 

----------------------------------------

Dua pemimpin PAS berbeza pendapat dalam isu pesta arak ‘Oktoberfest’ anjuran Carlsberg Malaysia dengan seorang mengatakan ia tidak boleh dihalang sementara seorang lagi mengatakan ia mesti segera dicegah.

Ahli Parlimen Temerloh Nasrudin Hassan mengatakan pihak berkuasa, bermula daripada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan juga Kerajaan Tempatan, mesti mengambil tindakan segera menghentikan pesta arak yang dipromosikan secara meluas itu.

Katanya negara tidak boleh dibiarkan membangun dengan budaya mungkar dan maksiat kerana ia akan membinasakan tamadun dan maruah, dan negara ini tidak mendapat keberkatan dan akan dimurkai Allah.

"Pesta arak yang dipromosi besar-besaran ini menjadi mungkar terbuka meskipun ia dilakukan dalam ruang bangunan tertutup. Sekaligus ia mencabar sensitiviti umat Islam.
"Samalah seperti aktiviti hubungan seks luar nikah (pelacuran) yang dipromosi kepada umum, ia menjadi maksiat terbuka yang wajib ke atas pihak berkuasa dan seluruh Islam bangkit mencegahnya," katanya di dalam posting Facebooknya hari ini.

Khamis lepas, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad dilaporkan laman web Isma berkata penganjuran Oktoberfest tidak boleh dihalang kerana Malaysia sebuah negara majmuk dan ia dianjurkan untuk orang bukan Islam.

"Islam mengiktiraf yang arak bukan sesuatu yang haram mengikut ajaran agama mereka. Tambahan pula pesta kemuncak yang akan diadakan di Petaling Jaya itu di kawasan majoriti bukan Islam.

“Apatah lagi jika mahu dibandingkan dosa arak dengan syirik, sebenarnya dosa syirik lebih besar berbanding arak, namun gereja dan kuil tetap dibenarkan,” katanya kepada wartawan ISMAweb.

Nasruddin berkata beliau tidak menafikan hak arak yang boleh diminum mereka yang agamanya membenarkan begitu, tetapi tidak setuju ia dipromosikan secara besar-besaran.

"Dalam sebuah negara yang Islam menjadi agama Persekutuan seperti negara Malaysia, hak itu mestilah ditunai secara tertutup dan tidak dipromosi apa lagi dipestakan secara besar-besaran begini," katanya.

- TMI -