t>

Breaking News

GERAKAN Tibai UMNO - UMNO Macam Takde Maruah Jer Aku Tengok!


Hish hish hish.

Apa neh UMNO?

Lembik nak mampos?

MUAHAHAHAHAHAHAHA....

Kena sound setempek plak. Macam takde maruah kot. Si Mah yang UMNO kempen siang malam kat Teluk Intan bangkit bidas UMNO. Kesian. Kena tendang macam kain buruk. Padan muka korang.

Keh Keh Keh

Oke. Oke. Sebelum aku tambah panas line. Aku nak ulas sikit isu sekolah aliran cina.

Kat sekolah aliran cina ;

- Bagi yang bergaul dengan geng2 cina mesti tahu bahawa sekolah aliran cina bukan semestinya terima semua pelajar2 yang nak masuk ke sekolah dia. Ada syarat2 tertentu. Mungkin merujuk kepada sekolah tertentu. Di kawasan tertentu. Ada sekolah yang terima kemasukkan pelajar2 bukan berbangsa cina tapi ada yang tidak andaikata pelajar2 itu tidak belajar di tadika cina ketika di pra sekolah. So dorang takde kelas aliran memandangkan banyak subject diajarkan dalam bahasa pengantar mandarin campur kantonis campur English. Ada sekolah rendah jenis cina menyediakan kelas aliran. Atau kelas pra mandarin untuk pelajar2 tahun 1 dan 2.

- Sekolah aliran cina neh balik lewat. Satu lagi. Dorang punya silibus banyak. Dan dorang ada banyak kelas tambahan. Aku rasa ini baik sebab menyibukkan budak2 neh dengan pendidikan. Tak macam sekolah kebangsaan. Kadang2 kita tatau apa budak2 neh belajar kat sekolah.

- Dorang punya yuran pun lebih mahal berbanding sekolah biasa tapi agak berbaloi. At least kita tahu budak2 neh belajar. Dorang punya aktiviti/kelas sampai 3 petang bagi sesetengah sekolah. Dan bukan semua subjek ada kat sekolah tue. Contoh subjek bahasa jawi dan subjek bahasa arab. Sesetengah sekolah aliran cina takde sebab pelajar muslim tiada. Kalau ada satu dua pelajar pun still takde juga.

So, pendapat aku ;

1. Nama sekolah jenis cina ditukar kepada sekolah satu aliran ataupun sekolah satu sistem. Nama menunjukkan racisma so ada orang keliru, tak faham bahkan mungkin kurang selesa. Daripada kerajaan pening2 dok asingkan peruntukan untuk sekolah jenis itu, jenis ini, baik senang sekali jalan untuk 2 jenis aliran aje. Sekolah satu sistem yang diubahsuai dari sekolah aliran cina dan sekolah agama. Kalau dapat satukan sekolah agama dan sekolah satu sistem pun bagus juga. Mula2 pada waktu pagi budak2 neh p belajar sekolah satu sistem dan matapelajaran yang tak dapat dicover oleh sekolah satu sistem dilengkapkan dengan sekolah agama pada sebelah petang. Tapi nak kena sediakan bilik rehat la. Takan nak balik2 pula kan. Biar la sampai petang baru mak bapak budak2 neh amek ataupun budak2 neh balik naik bas.

2. Kekalkan sistem sedia ada, pelbagaikan kemasukkan dan lengkapkan silibus. Semua subjek mesti ada. Termasuklah bahasa tamil. Bahasa arab. Dan pendidikan Islam.

3. Asingkan campurtangan politik dalam isu pendidikan.

4. Bangunan sekolah kalau boleh ubah sedikit demi sedikit. Bangunan sekolah sepatutnya tertutup. Bukan macam sekarang. Bahaya kot. Tanya cikgu2 sekolah rendah. Murid2 memang suka bergayut kat tepi2 tembok/dinding sekolah. Itu yang sampai jatuh. Bangunan sekolah kita sudah sangat kuno dan lapuk. Ia perlu direnovate semula secara berperingkat dari satu sekolah ke satu sekolah. Bagi la persekitaran yang selesa untuk budak2 neh belajar sama. Bila ia tertutup, sediakan lokar. Ini sepatutnya geng2 pembangkang juangkan. Bukan melalut macam Nik Nazmi. 

5. Hapuskan sekolah tamil secara berperingkat. Untuk penjimatan ruang. Bayangkan. Kat satu tempat berapa banyak sekolah kita nak bina? Ada sekolah cina la, tamil la, kebangsaan la, swasta la, agama la dan macam2 lagi. Menyemakkan ruang aje aku tengok.

6. Sediakan taska di setiap sekolah. Taska kat sekolah la paling menyenangkan. Kakitangan mesti terlatih dan mencukupi. Cikgu2 pun boleh letak anak2 mereka kat situ. Ibu bapa yang hantar anak2 besar ke sekolah pun boleh letak anak2 kecil dalam jagaan taska di sekolah. Sekolah dah tentu2 berdaftar dengan kementerian. Kes kecuaian mungkin berkurangan. Kenakan bayaran yang berpatutan.

7. Kantin percuma. Budak2 tak perlu bawa duit belanja. Maksud aku. Buat collection bulanan. Katakan seorang budak dicaj sebanyak 30 ringgit sebulan untuk makan. Ini lagi jimat daripada dorang bawa 2 atau 3 sehari sebagai bekalan makanan. 30 sebulan makan sampai petang. Pagi, tengahari atau petang andaikata ada kelas tambahan. Dalam satu sekolah ada berapa pelajar. So bila beli banyak2 pengusaha kantin dapat discount. Pandai2 la dia nak bajet. Budak2 neh dah bayar untuk makan sebulan. Kan lebih menyenangkan buat macam neh. Untuk budak2 miskin pula dorang tak perlu bayar (kerajaan tanggung) ataupun yang mampu separuh, biar dia bayar separuh aje. 

Ini antara idea2 yang aku rasa boleh dipertimbangkan untuk menambahbaikkan sistem pendidikan sekolah kita. Sampai bila nak gaduh? Gaduh2 tue stail ahli2 politik PR dan BN. SAMPAH!

UMNO buat kenyataan. Nanti politician perasan jaguh dari PR bidas.
PR buat kenyataan. Nanti BN bidas.

Dorang neh semua stok lawan gaduh sampai mati aje. Tapi tak mampos2 pun. Yang mampos rakyat juga. Haram jadah punya ahli politik.

Oke la bai.

MUAHAHA..