Ini la Nilai Pampasan Yang Diterima Oleh Penduduk KG. Chubadak Selepas Dilayan Bagai Sampah!


 


Kemaskini #KgChubadakTambahan
 


29hb Oktober 2014

Untuk kes KCT, fokus utama kini adalah pengusiran paksa dari kampung tradisi dan pampasan yang tidak adil. 

Apa yang mereka dapat sekiranya bersetuju dengan kehendak pemaju? 

1.Satu lot rumah PPRT yang boleh disewa sepanjang hayat dengan harga rm125/ sebulan

2.RM7.5k (bukan cash) utk sewa rumah selama beberapa tahun. Mangsa takkan terima wang cash.

3.RM 1.5K kos lori (DBKL) angkut barang2 ke lokasi rumah baru (selebihnya kena urus sendiri).

4.RM450/ kos pemasangan air dan api (deposit) masuk rumah PPRT. Ini pun dalam satu surat berasingan dan kedapatan mangsa yang memaklumkan kepada pihak kita bahawa ianya tidak valid dan mereka terpaksa bayar lain.

Semalam pihak berkuasa menggunakan khidmat samseng untuk perobohan rumah. Selepas itu Makcik Wahidah masih bertahan di bawah khemah. 

Mereka memerlukan bantuan dari segi sekuriti, wang tunai, makanan dan minuman. 

Terus bertahan untuk pampasan adil dan setimpal. Mereka bukan penduduk setinggan, mereka adalah peneroka bandar.

BELA KCT


 


Rujukan : sini

Share this :

Previous
Next Post »