t>

Breaking News

Lagi Kes Penderaan Bayi Di Rumah Pengasuh.


Ini yang orang jadi meluat dengan pengasuh. Dah banyak kot kes kematian anak orang kena dera dan meninggal dalam jagaan pengasuh. Yang terkini melibatkan kes melecur pula. Yang aku pelik, kalau dia nak cakap itu salah bayi sendiri, kenapa pula dia tak lapor kecederaan tue pada family baby tue awal2?

Kenapa nak tunggu mak bapa dia dapat kesan sendiri?

Mentalisme betul la.

Kejadian terbaru melibatkan kes penderaan bayi di bawah jagaan pengasuh kali neh berlaku di Melaka. Satu yang buat aku meluat dengan laporan berita ini ialah dia tak dedahkan nama pengasuh. Dengan wajah dia. Orang ramai berhak tahu. Kot2 dia ada jaga anak orang lain ke. Buat apa bagi orang tertanya2 pengasuh yang mana ye tak? Dedahkan la aje sebab ini melibatkan kepentingan orang awam. Sorang budak dah jadi mangsa. Takan nak menambahkan mangsa lagi.

Untuk rekod, gambar di atas merujuk kepada gambar bayi yang melecur tue. Tak faham la aku macam mana boleh melecur dengan teruk macam tue. Macam kes salah sapu ubat pun ada.

Baca. Pada yang ada hantar anak kat lokasi perumahan Tangga Batu, take note. 

Melaka: Seorang bayi perempuan berusia 10 bulan melecur teruk di sebahagian punggungnya dipercayai didera pengasuhnya dalam kejadian di sebuah taman perumahan di Tangga Batu, dekat sini, Selasa lalu. 

Sebahagian punggung bayi itu dipercayai dicucuh dengan benda panas sehingga melecur ketika dijaga pengasuhnya. 

Bapa bayi itu yang hanya mahu dikenali sebagai Asmadi, 28, mendakwa, bayinya itu dihantar ke rumah pengasuh oleh isterinya seperti biasa sebelum ke tempat kerja pagi Selasa lalu. 

“Isteri menjemput anak kami itu di rumah pengasuh jam 6.50 petang dan ketika dalam perjalanan pulang, dia kelihatan merengek dan gelisah. 

“Sebaik tiba di rumah, bapa mendukung anak saya sebelum tiba-tiba meraung kesakitan apabila punggungnya disentuh. Pelik dengan perkara itu, bapa menyelak lampin pakai buang sebelum melihat kesan seolah-olah terbakar di punggung anak,” katanya, di sini, semalam. -HM