Lagi Pandangan Positif Tentang Program I Want To Touch A Dog.

WOW.



Ramai rupanya yang sokong program IWTTAD tue. Ingatkan sikit je. Tapi rupa2nya ramai. Semakin ramai yang berani menzahirkan pandangan yang lebih terbuka terhadap program tersebut.

Bagus. Jangan takut zahirkan apa yang kita rasa. Inila masanya untuk kita lawan kejumudan pemikiran manusia2 yang perasan alim.

Baca lah pendapat Ali Abu yang menarik kat bawah neh ;

Komentar program 'I want to touch a dog'

5 org tanyo den psl program ni dlm inbox. Mak ai. Tolong la den bukan ostad. Malah den tertinggal komuter dlm isu ini. Apopun den ulas jugaklah isu ini sbg rujukan den buek maso hadapan. Byk misteri menyelubungi program ini. Satu, den tak tahu program ini. Tak heboh pun dlm internet. Tahu-tahu dah berlaku. Keduo, program mcm rahsio tapi ramai melayu yg turun dan join. Dapek sambutan bosa bai. Ramai mungkin sobab program dianjurkan berdekatan dgn IKEA. Ketigo, den terkejut sobab salah satu gambar tunjuk seorg gadis usik kepalo anjing tu den kenal. Seorg member yg kini menjadi isteri kpd seorg ustaz yg kini tiap-tiap hari berceramah kek KL. Wow! Lagi satu korang perasan tak majoriti yg berselfie/bergambar dgn anjing dlm program ini adolah wanita muslim yg berhijab. Persoalannya adokah mrk sudah muak serta tidak bernafsu mahu berselfie/bergambar dgn lelaki? Anjing lagi hensem drpd lelaki mungkin. Ngeee... Atau mrk lagi berani drpd lelaki dlm menzahirkan kepercayaan & sokongan terhadap apo yg mrk pegangi dlm sesuatu isu? Den tak mampu nak menyedio an jawapan ey.

Den terpakso baco paper The Star sbb paper The Star shj yg bgth namo sbnr penganjur program tersebut. Paper melayu haram tak sebut pun. Atau maybe The Star shj yg turun buek coverage program itu dan paper melayu cumo mengharapkan 2nd hand info shj. Penganjur seorg muslim. Itu pasti. Dio seorg Islam Liberal? Itu den tak pasti. Pernah sekali Rektor Al-Azhar (atau Mufti Mesir, ingat2 lupo sbb story lamo) panggil student Msia dtg rumah. Student Msia sampai tgk-tgk si rektor ni sdg peluk dan cium anjing. Rektor Al-Azhar ni mmg bela anjing dlm rumah. Bilo tgk student Msia ni tergamam, si rektor balas dgn senyuman lebar. Sampai skrng si tukang story tak dapek moral of the story. Tapi ustaz yg tukang story ni tak prnh pulak tuduh si rektor ni seorg penganut Islam Liberal. Itu pasti.

Isu sentuh anjing adolah isu yg membabitkan masalah fekah shj. Tak membabitkan akidah pun. Apsal sumo pembesar agamo dlm Msia ralat sgt nih? Minyak naik 20 sen korang tak kritik pun si Najib Tun Razak yg jadi penyobab kenaikkan kos sara idup yg membobankan rkyt tapi rkyt Msia muslim yg baru nak belajar-belajar pegang anjing korang bising tak hingat. Hipokrit tahap gampang la korang nih. Yolah karang kritik Najib takut kono buang kojo. Gaji dah bosa sayang la kono buang kojo krn bela rkyt kan. Inilah ostad fulus wal mampus!

Anyway, isu sentuh anjing ni adolah masalah mazhab tapi diberi penekanan mcm mempertahankan kesucian Islam. Itu sobab para agamawan melayu menekankan bhw mazhab syafie perlu dipertahankan dlm apa cara sekalipun dlm hal haram sentuh anjing. Pelik. Mazhab Syafie yg mengharamkan tahillan dan kenduri arwah taknak pulak diorg pertahankan. Imam Syafie berakidah tak pakai sifat 20 apsal korang tak mahu ikut? Dlm bab zakat yg membabitkan duit juga tak ikut Syafie. Apebende nih? Kenkadang para mufti dan ostad2 melayu ni kalau nak diikutkan mmg halal kito carut an dlm bhs melayu. Sikap jumud & dabel stended mrk amat menyusahkan kehidupan rkyt.

Skrng ni mcm mano, boleh atau tidak sentuh anjing? Tapi sblm tu den ado lagi satu story. Maso zaman den belajar kek U, dlm bulan puaso, awal-awal 10 mlm terakhir ramadan, di sebuah masjid, den beriktikaf dgn seorg budak Sabah. Budak Sabah ni nampak daif. Pakai baju biaso-biaso je tapi bersih. Lepas terawih, bilo berbual baru den tahu bhw budak Sabah ni baru turun flight dari Sabah dan lagi sehari duo akan ke Mesir sbb nak belajar kek Al-Azhar. Biar betul takkan raya kek Mesir kot. Di Sabah dio baru abis sekolah agamo. Layan borak tahu-tahu dah hujan. Lebat pulak tuh. Den tido. Budak Sabah tu layan solat tahajud. Tak sampai 2 jam terdgr anjing menyalak betul dekat dgn telingo den. Ingatkan mimpi rupanya mmg betul anjing tu menyalak sebolah den. Babi. Selamat budak Sabah tu halau kalau tak mmg anjing tu kono gigit dgn den. Anjing tu tak lari ke luar tapi lari ke dalam. Ah sudah. Adoihai mmg patut la anjing tu masuk sbb pintu tak tutup. Hujan masih belum berhenti. Den amik kerusi plastik kaler biru (kaler merah habis kono borong dgn org PKR utk pemilihan) dan mengacah anjing utk menghalaunya keluar masjid. Akhirnya anjing berjayo dihalau keluar slps 2 minit. Jam kek dinding tunjuk pukul 4.30 pagi.

"Mcm mana nih? Takkan kita nak samak seluruh karpet dlm dewan solat? Anjing pasti basah sbb hujan"

"Abg ikut mazhab apa?"

"Mazhab sukohati den laa. Ginilah kite rahsiakan pekara ini. Subuh karang kite buat bodo je. Gilo kau nak samak karpet. Tak logik bai. Paling bangang diorg akan ganti karpet baru. Mane boleh basuh karpet yg dah digam. Ini sume keje leceh. Itu belum campur kono marah lagi. Adussss..."

"Tidak ada apa bang. Di sekolah saya diajar bhw air liur anjing shj yg perlu disamak. Bahkan rumah saya di Sabah tiap-tiap hari anjing masuk"

"Haa. Kau bolo anjing kor?"

"Bolo? Apa itu?"

"Bela la..."

"Tidak bela. Itu anjing jiran"

"Mmm air liur anjing ek. Tak nampak pulak air liurnya sebab gelap"

"Di sini ada penyakit anjing gila?"

"Takde la pulak. Apsal?"

"Kalau begitu jika ada air liur anjing itu menitis tapi tiada wabak anjing gila maka tidak perlu samak jugak"

"Ye ke?"

"Iyelah sbb hadis yg saya pelajari nabi cuma menyamak air liur anjing pd bejana tersebut di waktu wabak anjing gila shj"

"Ooo gitu. Oleh sebab kau bakal jadi ustaz besar den ikut shj la ckp kau"

"Ha Ha Ha. Jgn begitu abg. Ikut perlu dgn ilmu"

"Sukati laa. Den nak sambung tido nih. Pukul 5 tolong kejutkan den"

"Abg mmg pukul 5 skrng"

"5.30, 5.30 ok?"

"Ok bang"

Begitulah story den. Selepas kejadian tersebut den dah tak jumpo budak Sabah tu sampai skrng. Begitu jugak dgn karpet, juga tak berganti smpi kini. Selapas abis belajar U, den buek kajian lanjut psl anjing. Mazhab Syafie kata begini. Mazhab lain terutamo sekali Mazhab Maliki kata begitu pulak. Dlm Mazhab Maliki anjing ni mcm kucing je. Dlm 2 hal yg berbezo pasti ado satu je yg paling betul. Mako apo yg betul? Mazhab Syafie betul, Mazhab Maliki juga betul. Habis mano satu yg betul? Begini. Hadis mengenai anjing ado banyak. Mulo-mulo Maliki, kemudian dtg zaman Syafie. Syafie argue byk hal dgn gurunya Maliki. Selepas itu dtg zaman Imam Bukhari. Imam Bukhari adolah pengumpul hadis-hadis nabi yg sahih. Imam Bukhari sendiri merumuskan bhw pd mulanya nabi memberatkan hal urusan kita yg membabitkan anjing sbb xnak samo dgn yahudi tetapi pd akhir-akhir zaman kerasulan baginda, hal-hal yg membabitkan anjing telah diringankan. Imam Bukhari baco hadis psl anjing ikut time frame. Utk lebih detil korang boleh buek bacaan lanjut dan rujukan sendiri. Drpd kajian den, sentuh anjing is ok. Tak perlu samak tanpo perlu mengambil kira kondisi samo ado kau basah atau kering. Nak bela anjing mcm kucing? Bela lah. Ini den. Korang perlulah membuat bacaan & kajian lanjut. Bak kata budak Sabah tuh, "Ikut perlu dgn ilmu". Sungguhpun begitu den tak ponah bolo anjing. Dan tak ponah teringin pun nak bolo anjing.

Tapi perlukah program seumpama 'I want to touch a dog' itu diadakan? Bg den perlu. Sbb ramai org melayu bermusuh dgn anjing. Permusuhan ini terjadi sbb kito diajar bhw anjing adolah najis. Najis bosa. Najis mughallazah. Tapi nak buek mcm mano kito dah diajar oleh ustad sekolah kito begitu. Jadi nak memocah an taboo ini eloklah program penerangan berbentuk ilmiah terlobih dahulu diadakan sblm program sesi amali menyentuh anjing dibikin. Ini kau buek sesi amali buto-buto mcm skrng mmg kau kono kutuklah. Cubo kau buek sesi penerangan dulu, baru la org faham bhw dlm Islam ado pendapat yg kito boleh layan anjing mcm kito layan kucing. Dan pendapat itu kuat pulak. Tak pecayo ckp den cubo tgk sendiri fatwa Prof. Dr. Syeikh Yusuf Al-Qardhawi dlm hal ini. Bilo ado sesi penerangan peluang utk the haters utk join perjuangan korang adolah bosa. Betul tak? Kemudian barulah misi program ini menjadi misi mendidik org melayu sayang kpd anjing sepertimano binatang-binatang lain seperti kucing. Selamo ini anjing adolah binatang yg cukup hino pd mato org-org melayu krn salah asuhan dan didikan yg mrk terimo selamo ini. Huhuhuhuhu.

Btw, org melayu sendiri akan rugi kalau sensitif sgt dgn anjing. Anjing ni byk manafaat kpd manusio. Korang pun tahu bukan kucing atau arnab yg pergi hidu org nak kesan dadah kek airport. Fungsi anjing bukan setakat mengesan pengedar dadah shj. Malah anjing boleh jadi peneman kpd org buto utk berjalan pulang balik ke rumah. Itulah keistimewaan anjing. Dio boleh poie ke point B dari point A dan balik semulo ke point A tanpo GPS. Bg org buto ia sgt berguno. Skrng kes ragut dan kes rogol sgt banyak. Jikalau si gadis bawak anjing sbg peneman, kalau kono ragut, anjing boleh kejar dan gigit peragut. Kalau diancam perogol, anjing boleh gigit zakar perogol sampai putus. Ngeee... Kalau bela kek rumah, anjing boleh menyalak menghalau pencuri disamping memberitahu tuannya bhw pencuri sedang aktif dikediamannya. Kalau kito bwk anjing pergi berburu, anjing boleh menolong memburu binatang yg kito buru. Bukankah ado hadis nabi psl pemburu dgn anjing? Kek situ shj kito dah tahu bhw Islam sudah lamo mengiktiraf fungsi anjing utk kebaikkan manusio sejagat. Itu hadis. Dalam Al-Quran ado ayat yg menceritakan ado seekor anjing jadi peneman kpd sekumpulan pemudo Kahfi yg tertidur di dlm sebuah gua krn melarikan diri drpd pemerintah yg zalim. Masih nak nafikan lagi?

Lepas ni kalau ado program sentuh babi adokah den akan bersetuju? Den tak setuju walaupun den berpegang pado pendapat sentuh babi tak perlu samak. Walaupun babi comel, manusio tidak menjadikannya sbg binatang perliharaan seperti kucing dan anjing. Babi adolah binatang ternakan yg menjadi makanan kpd bukan muslim. Ia serupa seperti mahu menjadikan lembu sbg pet (binatang perliharaaan). Tidak sesuai langsung. Dan babi haram dimakan tanpo khilaf kecuali darurat. Tak perlu ado program sentuh babi sbb babi byk penyakit, jadi perumah kpd sejumlah wabak misteri yg amat merbahayo kpd kesihatan dan tak beri byk manafaat kpd manusio kecuali lomak ey yg boleh dijadikan bahan pengawet yg murah kpd kebanyakan bahan makanan. Saintis bukan muslim sendiri beri testimoni bhw babi ni bahayo dari segi kesihatan walaupun bersih. Jadi jgn tanggung risiko yg tidak perlu. Sapo buek program sentuh babi mmg babi bai. Ha Ha Ha.

Sbg akhirnya, satu yg den belajar dlm isu ini ialah Mufti-Mufti dan para agamawan yg berDNA melayu lobih suko jadi penghukum drpd menjadi pembela hak rkyt. Mano fatwa mengenai riba yg tersembunyi dlm perjanjian loan bank yg pakai label Islam yg terang-terang menindas rkyt muslim dlm negara ini? Sbg contoh, korang sendiri boleh banding antara riba loan rumah pakai label Islam dgn bank konvensional. Mahal lagi bank yg pakai jenamo Islam. Tetapi di mano suara para mufti & agamawan sekalian utk menidakkan penindasan yg dibawa oleh riba yg pakai saduran bhs arab ini? Takdo bro. Hak rakyat utk hidup selesa terhakis bilo minyak naik 20 sen baru-baru ini juga tidak dibela. Tapi bilo rkyt sentuh anjing yg tidak berdosa, semuo para mufti dan agamawan menyalak menghukum rkyt begitu begini. Sekarang sapo anjing?

Share this :

Previous
Next Post »