t>

Breaking News

Lagi Perkampungan Di Penang Kena Roboh.

Semenjak dua menjak neh kelihatan banyak kawasan2 perkampungan di Penang menerima kesan akibat pembangunan. Hari tue kecoh isu perkampungan melayu, kemudian perkampungan cina dan terkini perkampungan pelbagai kaum pula menerima kesannya.

Mungkin Penang nak buat zone free kampung di kawasan2 tertentu. Kawasan kampung kan acap kali dikaitkan dengan setinggan. Tapi still pembangunan dan kemajuan yang dibina tidak boleh sesekali mengabaikan hak rakyat apatah lagi menindas mereka dengan perjanjian yang tidak adil.

Aku tatau sangat apa isunya kat sini. Cuma melalui gambar2 jelaskan penduduk mungkin ada isu dengan perjanjian dan persefahaman (pampasan) berkaitan pemindahan. Dan aku rasa terlalu awal nak salah menyalahkan sesiapa pun dalam isu berkenaan. Dapatkan fakta kes dulu baru sembang kencang.

Lihat gambar ;



- Isu kali neh membabitkan perkampungan yang ramai orang melayu berbanding kaum2 lain yang menetap disitu.

- Kampung Mutiara di lokasi Batu Feringgi.

- Alasan yang diberikan kepada penduduk ialah untuk memberikan laluan kepada pembangunan.

- Kewujudan kampung2 tue memang nampak tak tersusun tapi apa salahnya wujudkan pelancongan berdasarkan kampung warisan. Kita ada kota warisan, kenapa tidak kampung warisan? Kampung cantik juga kalau makeup jalan elok2, makeup rumah elok2.

- Dan isu sebegini rakyat cenderung berpihak. Yang sokong PR takan turun padang mendengar suara yang tertindas dan begitulah sebaliknya jika ia membabitkan BN, maka geng2 BN plak takan masuk campur untuk membantu. Sebab tue lama kelamaan apa2 isu akan jadi isu2 politik disebabkan perangai gila babik partisan2 tue.

- Informasi yang diterima ialah pemilik2 tanah itu sendiri yang menjual tanah kepada peniaga2 cina sebelum ini. Bila tanah dah bertukar hak milik, pemilik baru nak majukan kawasan tersebut, salah tak?

- So, tuan punya tanah pun masalah, orang yang bina rumah atas tanah orang pun jadi susah. Yang nak majukan kawasan pun satu hal. Kerajaan negeri atau mana2 negeri sekalipun cenderung berpihak kepada pemaju. Kenapa? Sebab inila sistem yang digunapakai kat negara neh. Ahli politik, pemimpin tidak akan bersama2 rakyat. Mereka sebenarnya sedang pujuk jiwa konon2nya ahli politik akan bersama2 mereka padahal mereka semua kena kencing buta2 dengan ahli politik lagi la ada.

- So, nak taknak kena la pindah melainkan kerajaan negeri ada strong political will untuk bantu rakyat yang tertindas dan tersepit angkara pemilik tanah dan pemaju kawasan. Ingat. Pemilik tanah berhak jual tanah. Pemaju berhak majukan kawasan sebab dia dah beli tanah tue. Kau atas penumpang tanah (walaupun pemilik rumah) nak cakap apa lagi? Setakat jerit huha huha supaya pampasan yang diberikan adalah berkadaran munasabah je la.

Korang rasa ahli politik mao tolong ka? Kawtim duit dengan kawtim prihatin sapa akan menang?

Lue fikirlah sendiri.