Subsidi Tiada Dalam Islam - Ustaz Fathul Bari.


Kasino pun takde dalam Islam.

Judi berlesen pun takde dalam Islam.

Rasuah pun takde dalam Islam.

Tindas rakyat pun takde dalam Islam.

Model ekonomi kapitalis pun takde dalam Islam.

Judi lumba kuda pun takde dalam Islam.

Jual rumah mahal-mahal sampai rakyat merempat pun takde dalam Islam.

Hiburan tak tentu hala pun takde dalam Islam.

Kenapa hanya focus part subsidi aje?

Point UFB ;

- Kalau buat subsidi masa zaman itu habis semua baitulmal..

- Subsidi takde dalam Islam maksudnya subsidi pukal.

- Subsidi minyak yang dilakukan oleh kerajaan ketika ini ialah pemberian hadiah kerajaan kepada rakyat tiap2 hari.

Lihat ;
 

Memang. Tak dapat dinafikan yang ada juga point2 UFB tue betul. Tapi sayangnya UFB gagal memahami kenapa rakyat marahkan sangat kat kerajaan. Isunya bukan pada subsidi semata2. Isunya ialah kerajaan kita neh penuh dengan skandal rasuah, penyelewengan dan korupsi. Sepatutnya. Yang perlu dibanteras ialah perkara2 itu dulu. Bukannya dok usik subsidi.

Kerajaan kalau dah amanah, dia tarik balik subsidi pun orang tak rasa ralat. Orang boleh faham kesusahan negara dan bersedia untuk berkorban sama2.

Ini sudah la tak amanah, dipaksa pula kita berkorban. Sapa nak terima macam tue?

Kat Australia, rakyat tak kritik kerajaan mereka sangat sebab pemimpin sana jenis buat kerja. Di Malaysia, pemimpin kita lebih banyak jadi perasmi2 program aje. Kerja2 yang sepatutnya dibuat tak dibuat sehinggakan hak rakyat diabaikan.

Perbandingan perlu juga melihat pada situasi yang kita hadapi hari ini wahai UFB oi..

Lue fikirlah sendiri.

Share this :

Previous
Next Post »