Surat Kerahan Hadir Demo Anwar - Betul Ataupun Palsu?

Something is fishy. Aku tak rasa PKR akan buat arahan seperti ini. 

Baca surat dulu ;


- 5 buah bas dari negeri2 yang PR tadbir?

- 2 buah bas dari negeri2 yang BN tadbir?

Bukan ke time sewa bas neh semuanya akan jelas terpapar dari segi invoice dan pengaliran wang keluar masuk.

Untuk apa?

Solat hajat tue ada point. Tapi part BAS tue aku fishy. Tapi  boleh jadi benar. Boleh jadi palsu. Surat tue dah viral di media sosial. Aku tatau sumber. Kita boleh tunggu pengesahan dari PKR. Tapi sebab SUA PKR sekarang ialah Rafizi maka tak aneh juga kalau surat itu benar. Rafizi memang pakar dalam merangka tragedi. Pengiktirafan negara kot.

HA HA HA

Dalam pada itu LENSA, NGO pro PR meminta DSAI bersara dan berhenti kerahkan rakyat dalam setiap kali demo yang membabitkan isu2 peribadi DSAI. Which is aku sokong pandangan LENSA.

Slogan RAKYAT HAKIM NEGARA ialah satu slogan penipuan yang diprogramkan untuk memanipulasi pemikiran rakyat.

Kenapa rakyat bukan HAKIM ketika mengkritik PAKATAN RAKYAT?

Kenapa rakyat bukan HAKIM ketika menunjukkan keburukan dan penyelewengan yang membabitkan pemimpin2 PR?

Kenapa rakyat bukan HAKIM ketika mempersoalkan tindakan2 bangang pimpinan PR?

Kenapa rakyat hanya HAKIM ketika PR memerlukan kami?
Kenapa rakyat bukan HAKIM ketika kami memerlukan kamu?

Bercinta. Berkasih sayang. Berkerjasama. Memerlukan penglibatan dari dua belah pihak. Tak guna rakyat beria2 sayangkan pimpinan jika pimpinan haram nak heran dengan rakyat.

BODOH KAH KAMI?
TAKDE MARUAH KAH RAKYAT?
KAMI NEH SAMPAH SARAP KE?
MACAM KAIN BURUK?
SUKA2 LUE NAK PAKAI, LUE PAKAI.
SUKA2 LUE TAKNAK PAKAI, LUE CAMPAK.

Itukah rakyat?

Mari la kita bersikap adil. Jangan tipu2 la. Penat dapat. Sakit ahti pun dapat. Musuh dapat. Dosa pun mungkin dapat.

PR perlu terbuka terima kritikan.
PKR. DAP. DAN PAS.

Betulkan apa yang salah.

Lepas tue kita sama2 cari apa yang betul.

Kalau taknak buka pintu jangan tanya kenapa orang tak masuk.

Oke bai.

Share this :

Previous
Next Post »