t>

Breaking News

Tambang Bas Sekolah Naik RM5 Hingga RM10!.

WOW.

Selepas kenaikan harga minyak, kali neh tambang bas pula dijangka akan naik dari RM5 hingga ke RM10 bergantung kepada jarak perjalanan.

Untuk rekod. Subsidi minyak tinggal 28sen je lagi.
Dan kerajaan dijangka akan menghapuskan terus subsidi tersebut pada akhir tahun neh.

Selain dari penghapusan subsidi petrol, kerajaan akan mengenakan GST ke atas setiap pembelian petrol. Tiada pengakuan rasmi daripada menteri mengenai perkara tersebut tapi cakap2 mengenainya tersebar melalui satu kenyataan pegawai kastam yang membuat sesi penerangan mengenai pelaksanaan GST. Dan walaupun telah didesak oleh pembangkang dan orang ramai untuk kerajaan declare status sebenar tentang GST pada setiap pembelian minyak, kesemua menteri kabinet Najib mengunci mulut. Kenyataan Ahmad Maslan ialah mereka masih mempertimbangkan cadangan tersebut.

So lue fikirlah sendiri.

Berikut berita kenaikan tambang bas sekolah. Makin tertekan la dibuatnya. Kos sara hidup meningkat. Segala2nya mahal. Kos sara hidup naik kereta mewah. Gaji pula naik unta. Mana boleh lawan kot.

Hihi.

Tambang bas sekolah dijangka meningkat sebanyak RM5 hingga RM10 pada Januari,berikutan keputusan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) memansuhkan harga siling pada tahun depan, lapor The Star hari ini.

Gabungan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia memberitahu, ia akan dimuktamadkan pada akhir tahun ini, selepas mengadakan mesyuarat dengan pihak berkaitan untuk mendapatkan maklum balas mereka.

"Ia tidak akan menjadi kenaikan yang keterlaluan," ketua setiausaha gabungan itu, Md Saad Mohamad, dipetik sebagai berkata.

Bernama melaporkan, minggu lepas SPAD mengeluarkan harga siling bagi membolehkan ibu bapa, sekolah danpengusaha bas untuk menentukan tambang. "Kami (SPAD) sebagai pemerhati akan memastikan tiada pihak terbabitmengambil kesempatan mengenakan harga yang berlebihan," kata Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar (gambar) yang dipetik sebagai berkata pada Jumaat.

"Sekiranya kita terima aduan daripada ibu bapa mengenai tambang yang dikenakan terlalu tinggi, pengendali bas sekolah akan dikenakan tindakan tegas.”

Tetapi, Star melaporkan hari berikutnya ibu bapa kecewa dengan langkah itu kerana mereka sedang bergelut dengan kos sara hidup.

Menurut akhbar harian berbahasa Inggeris itu, langkah itu akan memberi kesan kepada 15,000 pengusaha bas berdaftar di seluruh negara dan berpotensi membawa tambahan 30,000 pengusaha bas tidak berlesen untuk mendaftar dengan SPAD.

Ketua Pegawai Eksekutif Fomca, Datuk ‎Paul Selvaraj memberitahu akhbar ‎itu kenaikan tambang juga perlu seiring dengan peningkatan kualiti perkhidmatan bas.

"Jika jumlah peningkatan yang itu berpatutan dan disertai peningkatan tahap keselamatan dan kualiti perkhidmatan, ibu bapa perlu menyokongnya kerana kita semua mahu satu sistem bas sekolah yang berdaya maju dan selamat," kataya.

Pada masa ini pengusaha bas mengenakan bayaran RM27.43 bagi setiap kilometer pertama dan RM2.05 untuk setiap kilometer berikutnya di kawasan bandar di bawah skim tambang dikawal sejak 2009 oleh Lembaga Pelesenan Perdagangan (LPKP).

Di kawasan luar bandar, tambang adalah RM20.62 bagi setiap kilometer dan RM2.02 bagi kilometer berikutnya.

SPAD ditubuhkan pada 2010  yang ‎mengambil alih fungsi LPKP.

Pengusaha bas sekolah meminta kenaikan tambang sebanyak 40% sejak Disember tahun lepas berikutan peningkatan kos. – 9 Oktober, 2014.