t>

Breaking News

Terkini - Sebatang Tiang Dimasukkan Ke Hospital Dipercayai Koma!


Padang Bola 16 Oct - Berita Hairan melaporkan sebentar tadi sebatang tiang yang tidak dapat dikenalpasti identitinya telah dimasukkan ke dalam wad kecemasan dan keadaannya diberitakan sangat kritikal dan nazak.

Seorang jurucakap kepada hospital terbabit menyatakan bahawa, berdasarkan kepada keadaan kecederaan yang dialami oleh tiang tersebut, berkemungkinan besar tiang tersebut akan kekal koma walaupun telah dibawa ke hospital dalam kadar segera untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Diognosis awal menunjukkan otak tiang tersebut mengalami gegaran yang amat kuat sekali sehingga menyebabkan dia berpusing2 sebelum disahkan tumbang dan cedera parah.

Menurut maklumat yang didapati dari orang ramai yang berada di tempat kejadian. Mereka menyatakan seperti ada seseorang mahluk yang menyerupai watak seorang manusia berjantinakan lelaki telah melakukan aksi tomoi melulu ke arah tiang tersebut. Kemungkinan besar aksi amuk itu berlaku kerana kedegilan tiang untuk tunduk dan hormat kepada kedaulatan yang ada pada individu tersebut.

Polis juga menasihati orang ramai agar jangan berbuat sebarang trolling kerana ianya adalah jenayah dan mana2 pihak yang melanggar arahan akan dikenakan hukuman dipeluk Rosmah ketat-ketat.

Dalam pada itu Ahmad Maslan juga meminta agar orang ramai mula membayar cukai tiang kerana cukai tiang adalah baik untuk negara. Hasan Malek juga menyeru agar tiang dijadikan bekalan makanan harian untuk membantu isi rumah mengurangkan beban kos sara hidup. Najib pula dengan tak sengaja mengumumkan bahawa  harga tiang turun serta merta mulai esok dan orang ramai boleh la beratur mengucapkan terima kasih kepada kerajaan seawal jam 6 pagi.

Sekian laporan dari Berita Hairan. 

Rujuk video kat bawah atau klik sini.