t>

Breaking News

Anifah Dedahkan Rakan Anwar Tawar 100 Juta Untuk Bawa MP BN Lompat Parti.

Haha. Gila.


Dari pembacaan aku. Kalau kita nak tumbangkan rejim zalim kita takan guna cara kotor dan teruk macam rasuah. Strategi perlu. Tapi. Bukan dengan menawarkan jawatan dan pangkat kepada individu2 yang dah tercemar krediblitinya.

Kita bukan nak gantikan iblis kepada syaitan. Atau keluar dari mulut buaya menuju ke mulut singa. Pendedahan Anifah ini dibuat dalam mahkamah. Ini pengakuan dia bila disoalbalas. 

Betul kah atau dia fitnah kah?

Sama2 tunggu hasil keputusan selepas kes ini selesai dibicarakan.

Tapi kan. Tawaran 100 juta tue sikit sangat la. Jika Anifah kejar harta dan pangkat, baik dia stay dengan BN jek. Macam sekarang. Lagi untung. 

Hihi.

Baca ;

Datuk Seri Anifah Aman hari ini mendedahkan, seorang ahli perniagaan yang berkait rapat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim menawarkan RM100 juta kepadanya bagi membawa 10 ahli Parlimen dari Sabah menyertai Pakatan Rakyat (PR) dan menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada 2008.

Menteri luar itu berkata, beliau terasa "murah" apabila tawaran itu diajukan bekas timbalan pengerusi eksekutif KFC Datuk Ishak Ismail pada satu pertemuan di Hilton Central, Kuala Lumpur.

Ahli Parlimen Kimanis itu bagaimanapun tidak dapat mengingati tahun atau bulan kejadian itu berlaku.

"Saya beri amaran kepada Ishak, jangan sekali-kali ulang tawaran itu kepada saya. Saya marah kerana tawaran itu dibuat kepada seorang ahli Parlimen yang sudah tiga penggal berkhidmat," katanya semasa disoal balas peguamnya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Anifah berkata beliau pergi ke hotel itu untuk menghisap cerut dengan dua lagi ahli Parlimen Sabah, termasuk Datuk Ronald Kiandee yang kini merupakan timbalan speaker Dewan Rakyat.
"Ishak mendekati saya dan membuat tawaran itu. Saya terkejut kerana saya sudah komited terus bersama BN demi kepentingan negeri Sabah," katanya memberi keterangan dalam kes dakwaan fitnah ketua pembangkang terhadapnya pada Mei 2009.

Anifah didakwa membuat kenyataan berunsur fitnah mengenai Anwar pada satu sidang berita di Washington bersama bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat Hillary Clinton.

Beliau memberitahu wartawan yang Anwar menawarkannya jawatan timbalan perdana menteri sekiranya beliau membawa ahli Parlimen dari negeri itu bagi menumbangkan kerajaan BN yang memenangi 140 kerusi dalam pilihan raya umum 2008.

Dalam kenyataan tuntutannya, Anwar mendakwa kenyataan Anifah itu tidak berasas dan cuai serta mendapat liputan meluas media tempatan dan antarabangsa.

Anifah berkata, Ishak sebelum ini ada menemuinya untuk mendapatkan ahli Parlimen melompat parti ke PR untuk menawan Putrajaya tetapi beliau menolak.

“Pada hari itu tidak terduga dia mendekati saya di hotel ketika saya di situ menghisat cerut,” katanya.

Terdahulu, ketika disoal oleh Shafee, Anifah berkata Anwar ada bercakap dengannya mengenai perkara sama menerusi telefon bimbit seorang lagi ahli perniagaan, Tony Vun, sejurus beliau mendarat di Lapangan Terbang Tambang Murah di Sepang.

Anifah berkata beliau baru tiba dari Macau.

“Vun kemudian beritahu saya Anwar mahu bercakap dengan saya kerana saya ada pengaruh ke atas beberapa ahli Parlimen dari Umno, Parti Bersatu Sabah dan Parti Progresif Sabah,” katanya.

Anifah, yang juga timbalan menteri dari 1999 hingga 2008 berkata, beliau menolak jawatan yang sama daripada perdana menteri pada masa itu Tun Abdullah Ahmad Badawi selepas tamat pilihan raya umum.

“Saya kritikal terhadap pelantikan Kabinet kerana Sabah tidak diberi keutamaan. Malah, seorang pemimpin daripada Umno Selangor dilantik senator dan menteri,” katanya.

Anifah berkata, sebelum ini beliau ada berkata tidak mengapa lompat parti jika wujud ketidakadilan dalam pengagihan jawatan.

“Bagaimanapun, saya ada menyatakan saya tidak akan melompat parti,” katanya.

Anifah dilantik sebagai menteri luar selepas Datuk Seri Najib Razak mengambil alih kepimpinan daripada Abdullah pada April 2009.

Katanya, Anwar memikatnya kerana umum tahu beliau ada pengaruh kepada lebih 10 ahli Parlimen dari Sabah dan mereka akan mengikutnya walau apa pun beliau buat.

Anifah berkata hingga ke hari ini Anwar masih menaruh harapan untuk jadi perdana menteri tetapi tidak mempunyai jumlah politik yang cukup.

“Untuk mengubah kerajaan dia perlu ada majoriti mudah. Saya adalah sasarannya untuk mencapai cita-citanya,” katanya.

Pada 2008, PR memperolehi 82 kerusi dalam Dewan Rakyat sementara BN ada 140 kerusi.

Anwar dikatakan mendekati 30 ahli Parlimen BN untuk menjayakan rancangan 16 September (2008) dan menawab kerajaan persekutuan BN.

Ketika disoal balas peguam Razlan Hadri Zulkifli yang mewakili Anwar, Anifah berkata kenyataan fitnah yang didakwa itu tidak sepatutnya dirahsiakan.

“Ia memang eksklusif untuk hadirin pada sidang media itu,” kata Anifah, menambah tidak ingat sama ada beliau ada beritahu wartawan jangan menyiarkan kenyataan itu atau tidak.

Perbicaraan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Siti Khadijah S Hassan Badjenid bersambung. – TMI -