t>

Breaking News

Gambar2 Kapal KD Perantau Hampir Tenggelam.







Sebuah kapal hidrografi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang sedang menjalani proses penyelenggaraan di Limbungan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNSSB) di sini, dimasuki air sehingga hampir tenggelam malam tadi.

Kapal KD Perantau dikesan mengalami masalah pada jam 11.17 malam dan usaha menyelamatkan kapal daripada tenggelam sedang giat dilakukan oleh BNSSB dengan dibantu TLDM.

Dalam satu kenyataan, TLDM berkata tiada kecederaan atau kemalangan jiwa berlaku dalam kejadian di limbungan BNSSB yang terletak dalam Pangkalan TLDM Lumut di sini.

Kapal KD Perantau adalah kapal hidrografi yang dibina di Limbungan Hong Leong- Lursen, Pulau Pinang dan ditauliahkan pada 12 Oktober 1998.

Kapal itu diserahkan ke Limbungan BNSSB untuk menjalani rutin kerja penyelenggaraan pasang-pulih (refit) mulai 10 November lalu.

Kapal itu dijangka siap dan diserah kembali kepada TLDM pada 10 Ogos tahun depan.

Kenyataan itu menyebut, hampir kesemua peralatan mudah alih seperti motor jentera, pam dan peralatan pengukuran sudah dikeluarkan dari kapal sebelum kejadian berlaku sebagai prosedur apabila kapal menjalani proses refit.

"Sebuah lembaga siasatan akan ditubuhkan bagi mengenal pasti punca kejadian," kata kenyataan itu. -BH 


Jangan la kau tenggelam wahai kapal. Kalau kau tenggelam tah hapa2 menteri UMNO kau akan buat lepas neh. Projek2 gila untuk beli aset mahal tak setimpal dengan spesifikasi akan menyusul kelak. Habis jahanam duit negara dibuatnya.

Haha.