t>

Breaking News

Ini Dia Wiski & Vodka Halal Di Dunia.

Aku tak faham sangat. Apakah konsep minuman ini dilabel sebagai halal? Kerana ianya tidak mengandungi alkohol ataupun kerana ianya tidak memabukkan? Jika ianya adalah merujuk kepada kedua2nya maka secara logiknya kedua2 minuman tersebut bukan la minuman keras kan?

Pada penganut Islam, arak diharamkan kerana konsepnya yang memabukkan. Bila manusia mabuk kecenderung untuk melakukan perkara2 yang memudaratkan adalah sangat tinggi. Ia juga berupaya merosakkan akal fikiran yang waras.

Dan bagi dunia sains, minuman keras itu merosakkan sistem organ tubuh badan. Yakni, kau tempah penyakit je la kalau mabuk-mabuk sana sini.

Sebab tue dalam Islam, mana2 perkara yang memabukkan, walaupun bukan arak, ia adalah haram. Memabukkan dan menghilangkan akal fikiran yang waras. Seperti ketagihan dadah dan heroin.

Untuk rekod, penjualan wiski dan vodka kat bawah neh memang disasarkan untuk penganut Islam tau. 

Sila baca laporan berita kat bawah neh.


Selepas melancarkan barisan produk minuman keras halal tanpa alkohol, syarikat ArKay Beverages kini mengembangkan lagi perniagaannya dengan mencipta minuman vodka dan wiski halal.

Dua produk tersebut dijangka bakal menembusi pasaran Eropah tahun hadapan.

Produk-produk Arkay sebelum ini berjaya menarik minat penggemar yang rata-ratanya adalah orang Islam, wanita mengandung dan pemandu tegar yang merupakan golongan yang tidak boleh mengambil minuman beralkohol.
Menurut presiden Arkay, Sylvie Grattagliano, wiski dan vodka halal akan mula dijual pada tahun 2015 di negara-negara seperti Itali, Sepanyol, Jerman, Belanda, England serta negara yang mempunyai populasi orang Islam teramai di Eropah Barat iaitu Perancis.

Selain vodka dan wiski, Arkay akan turut mengeluarkan minuman keras halal tanpa alkohol jenis brandi, gin, amaretto dan blue curacao.

Jenama ArKay buat masa ini boleh didapati di Amerika Syarikat, Australia, Mexico serta mula mendapat tempat di sekitar Eropah.

Kebanyakan penggemar jenama Arkay berkata, mereka membeli produk ini kerana rasanya yang menarik dan tidak membahayakan kesihatan seperti pengambilan minuman keras. - Awani -