t>

Breaking News

Menteri Bakal Disaman Kerana Tuduh PAS Parti Ajaran Sesat.


Talk is cheap. Jika benar PAS parti ajaran sesat, sila ambil tindakan undang2 untuk menyekat PAS. Tapi selama neh bertahun2 PAS dibiarkan beroperasi, kenapa?

Tiap2 tahun buat persidangan UMNO.
Tiap2 tahun PAS parti sesat.
Sesat2 PAS tue pun ada ahti ajak kerjasama.

Adoi.

Tak konsisten betul la depa tue.

WAKAKAKA..

PAS akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor kerana menuduh parti itu menyebarkan ajaran sesat, kata Datuk Mahfuz Omar.

Ketua penerangan PAS itu berkata, beliau akan merujuk kepada Lajnah Undang-undang parti Islam itu sebelum melakukan tindakan susulan.

"Kita mengecam kenyataan Tengku Adnan yang menuduh PAS sebagai sebuah parti politik yang membawa ajaran sesat dan memesongkan akidah umat Islam," kata Mahfuz seperti dilaporkan Harakahdaily.

"Kita akan mendapatkan nasihat daripada Lajnah Undang-Undang bagi mempertimbangkan tindakan undang-undang kepada setiausaha agung Umno itu,” katanya.
Semalam Tengku Adnan mendakwa PAS parti politik yang membawa ajaran sesat dan memesongkan akidah umat Islam -TMI-