t>

Breaking News

Rafizi Dedahkan Jumlah Hutang Jaminan Kerajaan Terhadap 1MDB Ialah 20billion.

20 billion.

Hutang2 1MDB dijamin oleh kerajaan Malaysia tau. Ini bukan fitnah. Ia diakui sendiri oleh Ahmad Maslan meskipun pada awalnya dia menafikan selepas dah kantoi dia minta maaf dan didedahkan sendiri oleh Mahathir dalam penulisan blog dia.

Rujuk sini


Kerajaan sekarang sedang uruskan beberapa isu2 kritikal antaranya isu yang membabitkan insiden MH370 dan MH17 dan juga penyusunan semula organisasi MAS. Selain dari itu kerajaan juga sedang menguruskan isu berkaitan keselamatan dan penculikkan di Sabah. Untuk uruskan keadaan tersebut kerajaan kita memerlukan banyak duit. 

Dan rakyat Malaysia dihadapkan dengan beberapa beban pada tahun hadapan yakni ;

- GST

- Penyusunan semula subsidi petrol dan diesel

- Kadar faedah pinjaman dinaikkan buat kali kedua oleh BANK NEGARA bermula seawal tahun depan yang menyaksikan peminjam2 yang membeli rumah, pinjam untuk pelaburan, kereta dan sebagainya akan terpaksa bayar lebih secara bulanan.

- Kenaikan tarif elektrik untuk kali ketiga bagi tempoh 2 tahun kebelakangan

- Kenaikan kos sara hidup yang melibatkan kos pengangkutan, makanan, pendidikan dan juga kesihatan.

- KWSP mungkin menaikkan had umur bagi pengeluaran simpanan hari tua

Isu pertama membuktikan yang kerajaan kita bergelut dengan mencari dana bagi membiayai masalah2 yang wujud dalam MAS dan negara. Dan isu kedua pula rakyat dijadikan span untuk serap kesemua masalah2 berkaitan kewangan oleh kerajaan kita. Dan tak mustahil la jika 1MDB goes bankrupcy maka sekali lagi masalah2 tersebut akan dicampakkan ke atas rakyat atau jika tidak, negara kita akan menjadi GREECE no 2.

Ohoii..

Najib betul2 tak reti nak uruskan kewangan negara ke apa. Kenapa kita semakin terdesak di bawah pentadbiran Najib. Rungsing betul la aku.

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli mendakwa keseluruhan hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang ditanggung Putrajaya ialah sekurang-kurangnya bernilai RM20 bilion dan rakyat perlu dimaklumkan risiko tanggungan kewangan Putrajaya ini, terutamanya selepas mengambil kira prestasi operasi dan kewangan syarikat tersebut. 
Ahli Parlimen Pandan itu berkata, jaminan nyata ke atas hutang terbitan pertama 1MDB yang ditanggung Putrajaya kini termasuklah bernilai RM5.8 bilion akibat surat sokongan Putrajaya kepada hutang 1MDB sebanyak RM9.7 bilion sekiranya ia tidak mampu dijelaskan.
 
Selain itu, katanya, tanggungan melalui hutang yang diberikan kepada anak syarikat 1MDB iaitu SRC International Sdn Bhd sebanyak RM4 bilion yang diperolehi dari Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) dan dijamin Putrajaya. 
"Daripada ketiga-tiga hutang yang diambil oleh 1MDB ini sahaja, jelas Putrajaya berhadapan dengan tanggungan kewangan sebanyak RM19.5 bilion.
 
"Ini tidak termasuk baki hutang-hutang lain yang jumlah keseluruhannya mencecah RM42 bilion bagi tahun berakhir 31 Mac, 2014 yang matlamatnya belum diketahui umum," kata Rafizi pada satu sidang media di lobi Parlimen. 
Beliau berkata, dalam keadaan 1MDB tidak boleh menyatakan ke mana perginya dana-dana yang memberi tanggungan kewangan besar berjumlah RM20 bilion ini kepada rakyat, rakyat sudah pasti akan berasa bimbang. 
"Jumlah RM20 bilion boleh membina sekurang-kurangnya 40 hospital di seluruh negara. Ia juga boleh membuka sekurang-kurangnya 15 universiti awam baharu.
 
"Jika dilabur dengan baik, peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak perlu berhadapan dengan tindakan yang membebankan mereka," katanya. – TMI -