Restoran Caj Pinggan Kosong - Agak2 La Nak Tipu Pun..

Aku tak faham dengan penjelasan oleh tuan punya restoran. Bagi aku ada dua isu kat sini. Yang pertama part dia caj pelanggan yang gunakan pingan kosong. Yang kedua part dia bagi penjelasan macam mana perkara tersebut berlaku.

Part pertama.

Bab dia caj pelanggan yang gunakan pinggan kosong.

Ini bil yang tersebar di laman sosial ;


Memang mula2 dia terima kritikan. Namun dia open minded. Pemilik restoran minta maaf secara terbuka. Aku puji tindakan dia. Yela. Agak2 la kau. Takan minta guna pinggan pun ko nak caj kan.

Ini apa yang mereka buat ;


Dah minta maaf dah la kan. Sepatutnya cerita tersebut tamat disitu saja. Tapi kan. Tiba2 depa muncul dengan penjelasan kes caj pinggan kosong tue beb.

Part kedua.

Ini penjelasan mereka ;

SAYA ISKAHAARRUDIN HJ AHMAD PEMILIK UMMI AISAH RESTORAN MEMOHON MAAF KERANA KESILAPAN DENGAN HARGA MANGKUK KOSONG RM1. SEKALI LAGI SAYA MEMOHON JUTAAN MAAF KEPADA PELANGGAN YANG KAMI MULIAKAN. SAYA BERHARAP PELANGGAN TERSEBUT TUAN/PUAN YANG MULIA DAPAT MENGHUBUNGI SAYA 0138505677 UNTUK SAYA MEMOHON TERUS KEPADA TUAN /PUAN...KESILAPAN INI SANGAT KAMI KESALI.

UNTUK MAKLUMAN MELALUI MESIN KIRA KAMI, PEKERJA SAYA MEMINTA TOLONG RAKAN SEKERJANYA UNTUK MEMBERIKAN MANGKUK KOSONG KEPADA PELANGGAN TERSEBUT TANPA MENYEDARI NILAI RM1 TERTEKAN. SISTEM MESIN KIRA DIGUNAKAN DENGAN TUJUAN MENAMBAH BAIK PERKHIDMATAN KAMI KEPADA PELANGGAN -PELANGGAN YANG KAMI MULIAKAN. KAMI BERUSAHA UNTUK MEMBERIKAN PERKHIDMATAN YANG TERBAIK KEPADA PELANGGAN KAMI. KAMI SEDIAKAN MAKAN HALAL DAN TELAH DIPERSIJILKAN OLEH JAKIM. KAMI BERUSAHA KE ARAH KECEMERLANGN DALAM PERKHIDMATAN.KAMI MOHON MAAF SEKALI LAGI. JUTAAN MAAF. SEMOGA ALLAH MERAHMATI DAN MEMBERIKAN SEMUA PELANGGAN PELANGGAN KAMI DUNIA DAN AKHIRAT .AMIIN

Perenggan pertama bagi aku bagus. Ikhlas nak minta maaf dan akui memang depa caj pelanggan yang guna pinggan kosong. Tapi perenggan kedua buat aku rasa meluat. Bagi aku kau mengaku sudah. Minta maaf dan settle. Orang takan marah kau lama2. Nanti cerita baru muncul mereka akan lupakan kisah lama maa. Banyak citer2 baru muncul setiap hari. Takde masa nak hold lama2 isu caj pinggan kosong neh pun beb.

Tapi bila kau bagi penjelasan.. tersalah tekan harga la apa la.. buat aku rasa macam mengarut sangat. Tersalah tekan harga takpe lagi. Tapi perkataan pinggan kosong tue macam mana pula? Mesti kau ada tulis punya kan? Mesti kau dah set siap2 kan? Sapa2 yang minta nak guna pinggan kosong ko akan caj kan? Kalau tak macam mana dia boleh ada kat cash register kan? Atau kau key in guna komputer kan?

Nampak?

Nampakk?

Ohoii. Ramai yang pernah jadi cashier cik abang woi. Jangan la buat citer2 mengarut macam neh. Tak baik tau. Takpe la. Chaos sekejap pasal caj tue. Next time hanya jangan caj lagi. Siyes. Bukan aku nak menyemak sangat restoran neh caj apa2 pun kat pelanggan dia. Dia berhak caj. Kalau ko tak suka, ko blah la. Jangan makan kat tempat dia lagi. Cuma. Kalau dia nak perniagaan dia diterima ramai. Caj2 merepek macam tue jangan dibuat. Buat orang marah buat apa.

Betul tak?

Lue fikirlah sendiri ek.

Share this :

Previous
Next Post »