t>

Breaking News

Rumah Penyokong BN Pun Kena Roboh..


Dalam gambar tue kelihatan dua orang yang memakai baju BN kan? Salah seorang dari mereka ialah pemilik rumah yang dirobohkan. Hak ala. Pakai baju BN pun tetap kena juga ek. Baik tak payah pakai baju menjijikkan macam tue. Buat kain lap sudah. Aku ada gak dapat baju2 BN. Tapi buat stock kain lap kat rumah. Itu je taraf baju BN. Kalau pakai kena samak plak. Tue yang aku taknak pakai.

WAKAKAKAKA..

Seorang ibu tunggal berputih mata apabila struktur rumahnya yang dalam pembinaan di Rancangan Kampung Tersusun (RKT) Ulu Chemor dirobohkan tanpa diberikan sebarang notis oleh Pejabat Daerah dan Tanah, Jumaat lalu.  

Siti Normala Syed Ngah, 58, berkata, dia hampir pengsan setelah mengetahui rumah yang hampir siap itu dirobohkan walaupun telah merayu supaya tindakan itu dipertimbangkan semula.  Menurutnya, rumah yang dibina dengan kos hampir RM5,600 didirikan sejak dua bulan lalu dan dia bercadang untuk tinggal di situ hujung tahun ini.  “Selama ini makcik hanya menyewa seorang diri memandangkan anak-anak telah berkeluarga. 

Rumah yang makcik bina ini juga hasil simpanan yang anak-anak bagi setiap bulan.  “Setahu makcik sebelum ini tanah ini dijadikan kandang lembu selepas diteroka kawan makcik. Selepas menjual semua lembu, tanah ini kosong dan dia beri kebenaran untuk makcik bina rumah di sini,” katanya.  

Siti Normala mendakwa, mengikut perancangan, enam rumah dikatakan akan dibina di tapak  tersebut, bagaimanapun hanya dua rumah dibina setakat ini.  Menurutnya, dia sedih melihat keadaan rumahnya yang dirobohkan itu dan tindakan tersebut menyebabkannya hilang tempat bergantung.  

“Makcik bukannya orang senang, hanya suri rumah dan mengharapkan anak-anak untuk bantu. “Mereka pun bukan orang senang, ada keluarga sendiri dan bekerja cukup-cukup makan. Apa yang mereka bagi makcik terima.  “Makcik hampa dan kecewa apabila penguat kuasa merobohkan satu-satunya harta yang makcik ada tanpa sebarang notis,” katanya. - SH