t>

Breaking News

Subsidi RON 95 & Diesel Dimahsuhkan Bermula Dec 2014.


Ini ada beberapa kemaskini berkaitan subsidi bagi petrol ron 95.

Lihat apa yang dilaporkan oleh BERNAMA ;


Ini apa yang diputuskan oleh menteri selepas mereka bermesyuarat ;

1. Mulai 1 Dis 2014, harga bagi petrol dan diesel akan diapungkan ikut kaedah pengapungan terkawal.

2. Pengapungan terkawal neh aku tak tau sangat macam mana sebab tak dapat lagi huraian lanjut dia tapi dari perhatian aku ialah ;

- Jika harga petrol & diesel itu sesuatu yang munasabah, yang rakyat boleh beli, maka ia akan diapungkan ikut harga pasaran.

- Jika harga petrol & diesel itu sesuatu yang mahal dan membebankan rakyat, maka pemberian subsidi bersasaran akan dilaksanakan.

3. Menurut Hasan Malek, mulai 1 dis subsidi untuk petrol & diesel telah termahsuh secara automatik akibat harganya di pasaran dunia lebih rendah dari harga di pam.

Maksudnya apa?

MAKSUDNYA HARGA PASARAN DUNIA BAGI PETROL RON 95 & DIESEL ADALAH LEBIH RENDAH DARI HARGA YANG DITAWARKAN DI STATION2 MINYAK DI SELURUH NEGARA KETIKA INI.

Bila harganya sudah jatuh = subsidi hapus automatik = maka apa perlunya kerajaan kekalkan harga sedia ada?

KASI TURUN LA.

Biar selaras dengan harga dunia.

4. Dan. Bagaimana kerajaan akan tetapkan harga baru bagi ron 95 & diesel pada 1 dis adalah bergantung kepada harganya minyak2 tersebut pada sepanjang bulan November 2014.

Oke. Sekian update setakat neh. Kalau ada apa2 yang baru, nanti aku kemaskini artikel.