t>

Breaking News

2 Tebusan Maut, 3 Tercedera Dalam Insiden #Sydneysiege Di Australia (Video Inside).


Pihak berkuasa akhirnya melakukan serbuan di cafe selepas mendengar bunyi tembakan yang menyebabkan salah seorang mangsa tebusan mati terbunuh dalam kejadian itu. Menurut agensi berita 9 NEWS, polis bertindak melakukan serbuan dan menembak mati suspek yang menahan 11 orang tebusan ketika itu.

Kejadian tersebut mengorbankan dua nyawa mangsa tebusan, seorang lelaki yang berusia 34 tahun dan seorang wanita yang berusia 38 tahun dan mencederakan 3 yang lain manakala tebusan yang lain berada dalam keadaan stabil meskipun ketakutan dan trauma dengan apa yang berlaku.

Suspek yang juga penculik, individu yang bertanggungjawab menahan hampir 30 tebusan dikenali sebagai Man Haron yang berasal dari Iran. Suspek dipercayai menghadapi masalah peribadi dengan bekas isteri dan mempunyai rekod jenayah lampau seperti yang dilaporkan oleh agensi berita tempatan.

Suspek yang turut mati ditembak dalam kejadian tersebut juga dikaitkan sebagai militan yang terbabit dengan IS (Islamic State). Susulan dari penyebaran itu, pengguna media sosial di Australia melancarkan satu kempen anti islamphobia yang mensasarkan bahawa kita bukan benci Islam kita hanya benci dan memerangi keganasan dan Islam tidak terkait dengan keganasan bagi memberikan mesej jelas bahawa rakyat Australia bersatu ahti tanpa mengira bangsa dan agama bagi menyatakan sokongan terhadap mangsa2 tebusan.

Berikut ada video kejadian ketika pihak polis melakukan serbuan di cafe yang dijadikan lokasi utama menahan hampir 30 mangsa tebusan pada semalam.