4 Lagi Identiti Penyebar Maklumat Palsu Didedahkan & Diburu Oleh SKMM.

KENYATAAN MEDIA
MCMC PERGIAT SIASATAN PENYEBARAN BERITA PALSU BANJIR
CYBERJAYA, 29 Disember 2014 --- Empat individu yang diminta tampil membantu siasatan tentang penyebaran berita palsu keruntuhan Pusat Pemindahan Sekolah Manek Urai telah pun hadir hari ini di pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk memberi keterangan. MCMC kini dalam proses memperkemas siasatan tersebut untuk dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.
MCMC terus mempergiat lagi siasatan penyebaran berita palsu banjir yang berleluasa dan hari ini meminta beberapa lagi individu untuk tampil memberi keterangan terhadap penyebaran berita palsu banjir menggunakan aplikasi media sosial dan aplikasi pesanan.
“Kami kini meneruskan siasatan penyebaran berita palsu berhubung banjir di Pantai Timur dalam dua kes lagi. Kes pertama ialah tentang berita palsu kematian ramai mangsa banjir yang kononnya disorok oleh kerajaan. Kami telah kenal pasti individu yang boleh membantu siasatan ini. Manakala kes kedua membabitkan tiga lagi individu yang kami telah kenal pasti berkaitan penyebaran berita palsu kematian 10 mangsa di Kuala Krai yang dipetik sumber kononnya daripada sebuah stesen berita,” kata Pengerusi MCMC, Dato’ Mohamed Sharil Tarmizi.
Mereka ini diminta tampil bagi membantu siasatan MCMC:
1. Norizan binti Osman (No MyKad: 660113-03-5810). Alamat terakhir: A-1-6 Desa Bangsawan Jln 27/117A, Off Jln Budiman, Bandar Tun Razak, Cheras 56000 Kuala Lumpur
2. Siti Hawa binti Mat Yunan (No MyKad: 940125-03-5320). Alamat terakhir: Kg Seneng Jelawat, Bachok 16370 Kelantan

3. Nik Hasnan Izani bin Husain (No MyKad: 750923-03-6275). Alamat terakhir: Kampung Bukit Mas, Tanah Merah 17500 Kelantan

4. Raja Rubiah binti Raja Abu Bakar (No MyKad: 600106-01-5286). Alamat terakhir: No. 21, Jalan Jaya 1, Taman Jaya, Bandar Tun Razak, 56000 Kuala Lumpur
Mereka di atas diminta untuk menghubungi pegawai penyiasat MCMC, En Mohamad Syukri Jamaluddin (019-2869515) atau Cik Rafina Mimi Muhammad (019-2869471) dengan segera. Kerjasama mereka amat dihargai.
Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang individu-individu di atas boleh juga menghubungi pegawai-pegawai penyiasat MCMC.
MCMC sekali lagi memperingatkan dan memberi amaran supaya budaya menghantar atau berkongsi maklumat yang tidak ditentusahkan ini dihentikan serta merta. Perbuatan mereka ini berpotensi untuk mengelirukan dan mengeruhkan lagi keadaan.
[Tamat]
Dikeluarkan:
Jabatan Komunikasi Strategik

Share this :

Previous
Next Post »