t>

Breaking News

Akhirnya Menteri Mengaku Juga GST Akan Menyebabkan Kos Perubatan Meningkat & Membebankan Rakyat.


Ahmad Maslan. Mana kau wahai Ahmad Maslan. Sudah kau membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh menteri kesihatan kita?

Apa kata S. Subramaniam?

1. Menteri akui bahawa GST akan menyebabkan kos untuk mengubati naik antara 1 hingga ke 2 peratus.

2. Kerajaan katanya sedang mencari kaedah terbaik untuk mengurangkan beban kenaikan yang perlu ditanggung oleh rakyat.

3. Walaupun kesihatan antara perkhidmatan yang dikecualikan daripada dikenakan GST namun terdapat beberapa product yang membabitkan perubatan tidak terkecuali daripada pelaksanaan cukai GST.

4. Oleh kerana itu kementeriannya bercadang agar product2 tersebut juga dikecualikan daripada dikenakan cukai GST jika tidak mahu ia membebankan rakyat.

5. Dalam mengulas mengenai ubat-ubatan yang tertakluk kepada pelaksanaan GST, menteri menyatakan bahawa sebelum ini kementerian telah memaklumkan bahawa ubat-ubatan tidak akan terkecuali daripada cukai GST.

6. Namun atas usaha yang berterusan akhirnya 4.200 jenis ubat-ubatan dikecualikan daripada pelaksanaan GST.

7. Sudah tentu kementerian kesihatan lebih suka jika kesemua ubat-ubatan dikecualikan daripada membayar GST namun setakat ini mereka hanya mampu mengecualikan 4,200 jenis ubat-ubatan.

8. Namun usaha yang berterusan daripada pihak kementerian akan terus dilakukan bagi memastikan lebih banyak ubat-ubatan dikecualikan daripada pelaksanaan GST bermula awal tahun depan.

9. Kementerian akan berterusan mencari kaedah terbaik bagi memastikan pelaksanaan GST akan memberikan kesan minima kepada para pesakit dan mereka yang mendapatkan rawatan.

Apa point utama yang boleh kita kenalpasti melalui laporan di atas?

- Menteri sahkan bukan semua jenis ubat-ubatan dikecualikan daripada pelaksanaan GST.

- Bahkan menteri akui bahawa sebenarnya ubat-ubatan tidak pernah menjadi barangan yang dikecualikan daripada GST sejak awal.

- Namun beberapa NGO, mereka2 yang prihatin dan usaha berterusan dari kementerian kesihatan la yang akhirnya membuatkan kerajaan bersetuju mengecualikan 4,200 jenis ubat-ubatan daripada tertakluk kepada pembayaran GST.

- Kementerian kesihatan juga sedar bahawa rakyat akan terkesan dengan pelaksanaan GST dalam sektor kesihatan di mana kadar kenaikan antara 1 hingga 2 percent menurut jangkauan menteri. Ianya boleh jadi lebih tinggi dan membebankan dari ini.

- Kerana itu kementerian sedang mencari jalan terbaik bagi memastikan rakyat tidak terbeban dengan kenaikan tersebut.

- Antaranya berusaha mengecualikan product2 dan perkhidmatan2 tertentu dalam sektor kesihatan agar ianya dikecualikan dari GST sebelum ia mula dilaksanakan pada April depan.

- Ketika ini, product2 dan perkhidmatan2 tersebut masih lagi tertakluk kepada pelaksanaan GST.

Nampak?

Kesihatan juga tak terlepas dari pelaksaan GST.

Iklan2 kat tv tue hapa?

Lama kelamaan kita pun akan buat kempen kemanusiaan macam di Indonesia. Orang miskin di larang sakit. Ataupun jika orang miskin sakit, sila la mati. Dah kalau hidup pun takde duit nak mengubati.. mesti la depa suruh kita mati punya.

Eh, lue fikirlah sendiri ek.