t>

Breaking News

Aksi Pemain Singapura YG Mengamok Lepas Kalah Bola Dengan Pasukan Malaysia Viral.


Troll penjaga gol mana tak habis lagi. Rakyat Malaysia masih sakan menyakat SG isu penjaga gol kini muncul satu rakaman video yang memaparkan aksi salah seorang pemain SG yang mengamok selepas kalah dalam perlawanan dengan Malaysia pada malam 29 Nov yang lepas.

Sumber berita dan video dari Siakap Keli.

Rujuk sini jika video gagal load.




Kekalahan Singapura ditangan Malaysia baru-baru ini didalam Kejohanan Bola Sepak AFF Suzuki Cup telah menjadi topik perbualan hangat di kalangan peminat bola sepak tempatan dan Singapura sendiri dimana dengan pelbagai 'troll' yang dibuat termasuk kes penjaga gol yang 'hilang'.

Kalah menang adalah adat permainan bagi apa-apa sukan pun dan harus diterima dengan terbuka dan jika tidak puas hati pun ada saluran yang sepatutnya digunakan.

Dalam kerancakan bola sepak AFF Suzuki ini telah dicemari dengan sikap tidak profesional seorang pemain skuad Lions di mana seorang pemain berjersi 20 telah mengamuk selepas permainan tamat dengan menyepak barang-barang di bangku simpanan dan wartawan yang merakam aksi tersebut telah dihalau oleh pegawai pasukan tersebut.


Bagaimanapun pemain tersebut telah ditenangkan oleh pegawai dan rakan sepasukannya. Bagi admin ini adalah satu tindakan yang tidak wajar dilakukan oleh seorang pemain bola sepak profesional kerana boleh menjatuhkan maruah pasukan yang diwakili beliau sendiri. -SK-