t>

Breaking News

Anak Patung Patuh Syariah Diperkenalkan & Kini Mula Dijual.




Sekali tengok. Macam hantu pun ada. Seram gak malam2 neh. Letak kat tempat gelap mao orang jadi cuak.

HAHAHA..

Oke. Menurut laporan agensi berita dari Britian ;

1. Anak patung patuh syariah kini boleh dimiliki oleh penganut Islam yang melarang kanak2 muslim memiliki anak patung bermuka (berwajah) atas alasan dia tidak mematuhi syariah dan melanggar hukum yang terdapat Islam.

2. Anak patung neh dikenali dengan nama ' Denni Doll'.

3. Ia cipta oleh seorang pereka aka guru agama yang mengajar di UK. Nama guru tersebut ialah Ridhwana B. Dan dikilangkan di China sebelum diedarkan untuk jualan. Ia akan mula2 dipasarkan untuk pasaran Britian sebelum dijual di negara2 lain.

4. Anak patung itu 'faceless' dan memakai tudung serta serban dan memakai pakaian yang bertutup aurat bagi mematuhi syariah dalam Islam.

5. Harga jualan bagi anak patung neh dianggarkan pada USD 40 dollar each.

6. Dan ia boleh didapati di beberapa kedai di sekitar Britain.

7. Pun begitu, terdapat banyak kritikan dizahirkan ke atas anak patung patuh syariah ini terutamanya dari non muslim di Britian bahkan menjadi bahan senda oleh sebilangan mereka yang athiesma.

8. Mereka mempersoalkan adakah UK akan convert menjadi sebuah bandaraya Islamic dengan memperkenalkan dan membiarkan penjualan anak patung patuh syariah.

9. Bahkan mereka mempersoalkan apa relevancynya anak patung patuh syariah sedangkan polisi Islam sepatutnya dihadkan ke atas penganut Islam dan bukannya ke atas patung yang tidak bernyawa.

10. Terdapat juga sindiran bahawa orang Islam takut pada anak patung yang mempunyai wajah kerana ia boleh merosakkan akidah mereka.

Antara sindiran yang dibuat oleh mereka2 yang memerli pihak yang menyokong penjualan anak patung patuh syariah ;


Nampak gayanya ada macam2 pandangan yang pro dan contra terhadap penjualan anak patung patuh syariah ini. Apa pula pandangan korang?