Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, penyerang itu sudah meminta maaf dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya, namun sekiranya dia ditangkap melakukan perkara tersebut sekali lagi tindakan tatatertib akan dikenakan.
“Safee sudah minta maaf dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya. Kami juga sudah mengeluarkan amaran lisan kepadanya, jika dia buat lagi perkara yang sama tindakan tatatertib akan dikenakan,” kata Hamidin di sini, hari ini. -UM -
Ada beberapa perkara yang membabitkan insiden Safee merokok yang aku perhatikan.
Pertama. Pada awalnya si Safee neh agak poyo dan sedikit berlagak bila teguran disampaikan. Ini berkenaan stamina.
Kedua. Bila dia dah jaringkan gol, amboi. Kemain lagi perangai dia ek 'respon' dia.
Ketiga. Peminat2 dia pun sama juga.
Keempat. Aku rasa si Safee neh bangkit dalam perlawanan dengan SG akibat kena kritik kaw2 di laman sosial. Macam pembakar semangat la juga kan. Patutnya dia rasa lega kerana peminat2 bola sepak masih mahu mengkritik. Bila orang masih mahu mengkritik itu maksudnya mereka concern. Jangan sampai orang hilang selera. Bila orang hilang selera, usah kata mengkritik, amek tahu pun takda mood woi.
Kelima. Main memang susah. Tak dapat dinafikan ada sesetengah peminat yang bila kalah dia kutuk Malaysia kaw2. Bila menang, dia plak yang sorak lebih2. Kita perlukan peminat yang setia yang mana kalah dan menang pun still bersama pasukan negara. Tapi. Kadang2 kena tengok rentak pemain dan corak perlawanan juga. Kalau sungguh mereka main betul2, peminat takan goyang dan lari. Yang neh kita tegur untuk mereka yang main ala kadar tapi bajet bagus aje. Raikan la kritikan. Peminat temporary tak banyak mana la. Peminat setia yang banyak sebenarnya.