t>

Breaking News

Apa Salah Kami Bertudung & Bersolat - Luahan Netizens Kepada Majikan Di Malaysia.


Rentetan dari penyebaran tweet Rosyam Nor tentang Hamley's. Rupa2nya ramai juga rakyat Malaysia yang mengalami situasi dan keadaan yang mendiskriminasikan diri mereka hanya semata2 mereka ;

1. Muslim yang bertudung
2. Muslim yang bersolat
3. Seorang penganut Islam

Mereka berkongsikan pengalaman mereka dengan Rosyam Nor bahkan ada yang dikongsikan dan diretweet oleh Rosyam Nor dengan niat menyebarkan sentimen bahawa terdapat majikan di negara neh bersikap racist dan diskriminasi terhadap penganut agama tertentu.

 
Persoalannya. Apa yang membuatkan majikan2 di Malaysia kelihatan seperti anti atau meragui2 kecekapan dan kemampuan seseorang pencari kerja hanya semata2 dia bertudung dan bersolat?

Mari baca luahan netizens tentang isu tersebut.





Beberapa nama majikan disebut secara jelas oleh netizens. Antaranya, PJO, FOS AEON di Manjung, ROXY, ESPRIT, BODY GLOVE dan ISETAN.

Nampaknya polisi bagi kedai2 tersebut beranggapan bahawa wanita2 yang bertudung akan mengacau prestasi dan kecekapan kerja sedangkan prestasi, bakat, kemampuan, kerajinan dan kelayakan seseorang melakukan kerja tidak pernah langsung terkait samada wanita tersebut bertudung mahupun tidak. Kenapa yang bertudung selalu menjadi mangsa diskriminasi di negara ini?

Bahkan. Luahan Intan Abdul Manaf juga mengambarkan terdapat majikan yang memandang muslim yang bersolat sedang melakukan kesalahan sehingga dimaki hamun. Kenapa agaknya muslim2 yang menunaikan solat ini dibenci dan dipandang serong oleh sesetengah majikan di negara ini agaknya?

Disebalik luahan netizens tentang majikan yang bersikap racist agama, terdapat juga pengguna media sosial yang berkongsikan kisah mereka yang bekerja dengan majikan non muslims yang baik dan tidak mengamalkan diskriminasi agama.

Lihat ;


Bahkan perkongsian kisah menarik pada tahun lepas dari netizen Azira berkenaan majikan di luar negara juga menjadi viral di mana netizens ingin membuktikan bahawa polisi majikan di sesetengah negara mereka tidak melakukan diskriminasi agama dan gender bagi menilai kelayakan dan kemampuan seseorang dalam melakukan kerja.

Baca ;


Sungguh pun amalan bias dan double standard sesetengah majikan tentang amalan bertudung dan bersolat selalu menjadi perbahasan dan topik kontroversi di negara ini, namun sehingga kini tiada apa2 undang2 digubal oleh kerajaan bagi menanggani perkara tersebut.

Ini dipercayai sedikit sebanyak ada kaitan dengan syarikat2 GLC yang juga separa kerajaan yang mana turut mengamalkan polisi yang sama. Jika sesetengah syarikat berkaitan kerajaan juga menolak amalan wanita bertudung, siapa pula mereka nak melarang majikan lain dari mengenakan syarat tidak bertudung ketika mengambil pekerja.

Renung2kan.