Bangsa Melayu Telah Membenihkan Bangsa2 Lain Di Dunia Ini - Zaharah Sulaiman.


Jika begitu, adakah bangsa melayu telah membenihkan ;

- Bangsa cina
- Bangsa india
- Bangsa arab
- Bangsa yahudi
- Bangsa caucasion
- Bangsa jepun
- Bangsa korea

Dan lain2 bangsa di dunia neh?

Kalau betul la melayu yang membenihkan bangsa2 lain maka tak logik pula nak mengalakkan kebencian kepada bangsa lain di negara neh memandangkan bangsa2 lain itu pun asalnya dari melayu juga ke macam mana?

Aku harap profesor kita neh boleh bentangkan kajian secara terperinci di mana2 forum terbuka. Ada baiknya juga kita analisa maklumat yang dia ada berkenaan bangsa melayu.

Baca sat ;

Bangsa Melayu adalah bangsa yang wujud lebih awal dan penyebarannya hampir ke seluruh dunia sekali gus telah membenihkan bangsa-bangsa lain.

Menurut Presiden Sejarah Tamadun Melayu, Zaharah Sulaiman, bangsa Melayu telah tersebar hingga meliputi satu perenam dunia atau dengan populasi 400 juta orang sehingga turut terdapat di Madagascar sekali gus membuktikan Melayu benar-benar wujud di muka bumi ini.

Katanya, bukti kewujudan bangsa Melayu juga adalah berdasarkan peme­­taan genetik dan artifak arkeologi mengenai asal-usul daripada nenek moyang kepada populasi Melayu pada hari ini.

“Fakta ini sekali gus menafikan sebuah buku yang diterbitkan di Singapura yang menyatakan bahawa Melayu tidak wujud tetapi melalui penyatuan kaum-kaum lain. Republik itu juga mendakwa Melayu sebagai pelanun dan perompak seperti ditayangkan di muzium negara itu sejak berpuluh tahun.

“Sejarah telah menyatakan bahawa Melayu membenihkan bangsa-bangsa lain, wujud lebih lama daripada bangsa asing malah pembina kapal terbesar sehingga mampu belayar ke Madagascar,’’ katanya ketika menyampaikan ceramah bertajuk 'Asal-usul dan DNA Melayu’ bersempena Pameran serta Seminar Melayu dan Senjata Tradisional anjuran Persatuan Pusaka Perkerisan Kuala Lumpur (Pusaka KL) di sini hari ini.

Yang turut hadir, Yang Dipertua Pusaka KL, Khairul Azhar Abdul Karim.

Dalam pada itu, Zaharah yang juga pengkaji dan penulis Sejarah Ikatan Arkeologi Malaysia berkata, orang Melayu perlu keluar daripada kepompong ketidakupayaan dan menebus kembali segala kegemilangan yang tercipta sejak ribuan tahun dahulu.

Katanya, golongan itu tidak lagi boleh bersikap seperti 'melukut di tepi gantang’ atau terlalu mahu 'menyusukan kera di hutan, anak di rumah mati kelaparan’ dan mereka sekadar 'menang sorak, kampung tergadai’.

Jelas beliau, kehebatan Melayu dalam ilmu sains kejuruteraan, perkapalan dan seni bina perlu ditegakkan semula kerana sejarah telah membuktikan mereka merupakan masyarakat awal yang menguasai tiga bidang utama itu yang merupakan bukti bagaimana kehalusan seni bina diguna bagi menampung tamadun Melayu yang begitu canggih melalui cetusan idea-idea struktur indah dan pintar iaitu tidak hanya terhad kepada simbol keupayaan dan kegemilangan Melayu.

“Melayu masih bertahan kerana masih ada semangat keperwiraan dan kepahlawanan dalam kalangan segelintir pejuang bangsa. Untuk kita, mereka terus berdiri teguh walaupun diasak dari semua penjuru oleh penjajah, pendatang, pujuk rayu licik dan kecairan Perlembagaan,’’ katanya.

Dalam pada itu, Khairul Azhar berkata, adalah amat penting orang Melayu mempunyai nilai-nilai dan jati diri kaum yang sebenar demi kesejahteraan negara kerana keperibadian tersebut memberi kesan kepada seluruh masyarakat.

Katanya, melalui sikap berbudi bahasa, sopan-santun dan bertolak-ansur oleh orang Melayu inilah mereka boleh berjaya hidup dengan kaum lain sejak beratus-ratus tahun dahulu.

Walau bagaimanapun jelas beliau, Melayu tidak boleh menjadi 'burung yang hidup seperti ayam’ kerana mahu sentiasa diberi makan dan akhirnya lupa bagaimana untuk terbang sehingga tidak sedar musuh sedang menunggu.

“Apa akan jadi kalau orang Melayu mendukung nilai-nilai dan prinsip bangsa lain? Dalam hal ini Melayu bukanlah rasis tetapi hakikat kebenaran sikap inilah bangsa-bangsa lain boleh hidup bersama dengan aman kerana kita berpijak di bumi dan menjunjung langit yang sama.

“Adalah amat penting Melayu perlu bersatu kerana penyatuan itu bukan untuk kebajikan dan kese­lamatan Melayu, tetapi mereka perlu bersatu supaya negara aman dan makmur," katanya. -Utusan Online

Share this :

Previous
Next Post »