Dek Menganjing Keeper, Safee Sali Ditroll Kaw2 Di Laman Sosial.

Semuanya gara2 sikap ketidakprofesionalan Safee selepas Malaysia mendapat gol ketiga melalui jaringan Safiq Rahim (yang juga penjaring terbanyak bagi piala AFF SUZUKI bagi edisi 2014).

Aksi tersebut yang juga jelas tersiar melalui kaca TV mendapat kritikan dan kecaman peminat2 HM dengan menyifatkan pemain Malaysia seperti Safee Sali sangat tidak profesional dan tidak berkelakuan seperti pemain bertaraf antarabangsa (seperti yang dilaungkan oleh Safee sendiri) di atas padang ketika perlawanan sedang berlangsung.

Ini, apa yang Safee Sali buat pada perlawanan malam tadi ;


Aksi ini membuatkan Safee Sali mendapat kritikan pedas dan ditroll oleh pengguna media sosial ketika ini.

Ini apa yang mereka buat bagi mengkritik tindakan tidak pro Safee Sali terhadap keeper Thailand, Kawin Thamsatchanan.






Bahkan kegagalan Safee menjaringkan gol pada malam tadi juga dikecam hebat di laman sosial ;


Bahkan satu gambar yang menunjukkan aksi Safee mengejek keeper Thailand dengan memaparkan wajah Safee secara jelas juga sengaja dibuat untuk menyebarkan sikap tidak profesional Safee terhadap pemain Thailand pada malam tadi.


Dan ini komen2 yang terpapar di laman facebook rasmi kendalian Safee Sali.

Sebelum aksi perlawanan, komen2 yang hadir bersifat sokongan dan nasihat untuk menaikkan semangat Safee ;



Tetapi selepas Safee melakukan aksi yang memalukan, komen2 yang hadir berbentuk kritikan dan kecaman. Atas dua perkara, pertama skill permainan Safee. Kedua, sikap tidak profesional Safee atas padang.



 
Ketika ini Safee Sali masih lagi berdiam diri dari menjawab segala macam kritikan. Tidak seperti isu rokok. Mungkin sedang berfikir dan tenangkan diri. Atau pun sedang cari idea macam mana nak membaham kritikan2 tersebut di laman instagram.

Ada juga peminat2 Safee yang tak faham isu. Yang dikritik ialah skill permainan individu. Iaitu cara Safee Sali mencorakkan permainan pada malam tadi. Bukan merujuk kepada keseluruhan pasukan Malaysia. In general, permainan malam tadi walaupun tidak la mencapai satu tahap yang boleh memuaskan ahti semua pihak tetapi sekurang2nya tidak la ia seteruk seperti perlawanan akhir pertama di Thailand pada rabu lepas. Pujian diberikan kepada yang selayaknya dipuji. Sudah la tidak memaparkan aksi yang diharap2kan peminat ke atasnya, menunjukkan pula sikap tidak profesional atas padang. Dan sungguh pun Thailand bangkit kembali menjaringkan 2 gol pada babak2 akhir perlawanan, takde pula mana2 pemain Thailand membalas semula aksi Safee kepada keeper Malaysia.

Bak kata pepatah, kalau kalah sekalipun, biarla kalah dengan bermaruah. Kalah dengan profesional. Kalah selepas berusaha sehabis baik atas padang. Ini sudah la kalah, aksi kita menganjing orang pula dijadikan troll. Apa Safee tidak langsung boleh ditegur ke? Contohila Indra. Safee kalah. Indra pun kalah. Pasal apa Safee kalah kena keji. Indra kalah orang puji. Renung2kan la ek.

Bai.

Share this :

Previous
Next Post »