t>

Breaking News

Gaduh Isu Daging Lembu Korban, Ahli UMNO Merajuk Nak Keluar Parti.


Masih ingat tak penyebaran gambar banner di atas? Oke, sedikit info berkaitan kejadian tersebut.

1. Memang banner itu dibuat oleh orang2 UMNO.

2. Bukan fitnah. Banner betul.

3. Tarikh yang dinyatakan nak keluar parti dah lepas.

4. Namun tunggu punya tunggu rupa2nya hapa pun takde.

5. Maksudnya UTURN la tue.

HA HA HA

6. Then. Setelah diselidiki, rupa2nya depa merajuk nak keluar parti disebabkan pengagihan tidak adil isu daging lembu korban.

7. Itu yang buat banner.

8. Konon2 nak ugut.

9. Rupa2nya memalukan diri sendiri.

10. Isu remeh pun riuh sekampung.

Memang bangang kot. Baca apa yang dilaporkan oleh Malaysiakini.

Kelakar siot.

HA HA HA

Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Abdul Shukur Idrus berkata kumpulan anggota parti yang mengugut untuk keluar parti wajar diambil tindakan pecat.

Katanya, ugutan dari anggota cawangan Damansara Dalam itu bertujuan untuk memalukan Umno dan wajar dikenakan tindakan pecat.

"Kalau dia sudah mahu keluar parti, kita pecat sahajalah dan kita tak terima dia lagi.

"Kalau dia belum keluar, kita boleh panggil dia untuk sesi pendengaran tetapi lebih baik kita pecat sahaja," kata ADUN Kuang itu.

Katanya, sebarang pemecatan hanya boleh dilakukan oleh Majlis Tertinggi (MT) Umno.

"Kita boleh buat laporan (kepada MT) dan mereka yang akan membuat keputusan," katanya sewaktu dihubungi Malaysiakini.

Isu lembu korban

Menurut Shukur, laporan yang diterimanya memaklumkan bahawa individu yang berbuat demikian tidak berpuas hati dengan isu agihan lembu korban.

"Saya dimaklumkan yang beliau pernah bertanding AJK (anggota jawatankuasa) bahagian tetapi kalah.

"Kemudian ada masalah kecil dengan masalah pengagihan lembu korban.

"Sekarang, dalam hati dia berniat nak memalukan kita, maka dia melakukan perbuatan itu (mengugut keluar parti)," katanya.

Semalam, Timbalan Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Utara, Mohd Azli Mohd Saad dilaporkan mahu Umno bertegas dengan ugutan 'orang dalam' yang mengugut untuk keluar parti.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan sebilangan anggota Umno cawangan Damansara Dalam yang menaikkan kain rentang di bangunan Umno Shah Alam, Kelana Jaya dan PJU.

Kumpulan berkenaan bertindak demikian untuk mencanang rancangan mereka untuk keluar parti beramai-ramai.