Gambar Najib Main Golf Dengan Obama Jadi Kritikan Di Laman Sosial.


Beberapa negeri di Malaysia dilanda musibah banjir dengan Kelantan paling terjejas teruk terutamanya di Kuala Krai selain dari beberapa kawasan di Terengganu, Perak dan Johor yang sedang bersiap sedia menghadapi musim banjir.

Maka. Laman sosial dijadikan medium untuk berkongsi berita dan kemaskini2 terbaru tentang mangsa2 banjir dan keadaan terkini di kawasan2 yang terjejas akibat banjir. Pengguna media sosial juga menjalankan beberapa kempen bagi menyatakan solidariti kepada mangsa banjir iaitu ;

1. Batalkan semua jenis konsert tahun baru.

2. Batalkan konsert 3 juta yang bakal diadakan di Putrajaya.

Namun. Apa yang menimbulkan kemarahan netizens apabila beberapa gambar Najib yang sedang bermain golf di Hawaii bersama Obama tersebar di laman sosial. Ia seolah2 memperlihatkan Najib sebagai seorang ketua negara yang tidak prihatin tentang musibah banjir yang berlaku di beberapa buah negeri terutamanya apa yang berlaku di Kelantan.


Ini komen2 netizens berkenaan gambar tersebut ;




Dan, dah ada yang laju2 troll Najib ;


Okay. Ini pendapat aku.

1. Kehadiran Najib sebagai 'batang tubuh' tidak penting pada aku walaupun ia mungkin penting pada partisan. Partisan PR akan tanya mana Najib. Partisan BN akan tanya mana Anwar. Partisan PR akan jawab sekarang sapa PM. Partisan BN akan bidas, Anwar bukan ke ketua pembangkang dan geng kepada PAS (Kelantan di bawah PAS). Partisan PR akan sebut, Anwar bukan pegang kuasa untuk kerah bantuan. Partisan BN akan jawab, setakat nak bantu mangsa banjir tak perlu ada kuasa, jadi sukarelawan pun okay.

Nampak?

Nampakk?

So. Partisan akan bergaduh siapa, kenapa, bagaimana, apa, yang patut, yang tak patut, siapa lebih baik dari siapa dan blablblablbalbalbal sampai aku mati, sampai kau mati, sampai kita semua mati.. mereka tetap begitu. So tak perlu la kita ikut campur dengan permainan mereka tue semua..

2. Apa yang penting pada aku ialah arahan, ataupun bantuan, ataupun strategi, yang telah Najib sediakan bagi memastikan kesemua kawasan2 yang terjejas banjir dibantu sebaik-baiknya.

3. Nak cakap dia tak prihatin sebab main golf? 24 jam ke? Aku update blog, aku tak prihatin dengan mangsa banjir? Aku rakyat biasa, dia piem, so level keprihatin itu perlu dibeza2kan menerusi pangkat? Aku tak nampak itu sebagai hujah yang tepat.

4. Setiap hari berlaku pelbagai musibah dan kita tetap jalani hidup seperti biasa. Kita tidak berhenti makan atau berhenti untuk hidup kerana ada orang yang dilanda musibah di antara kita.

5. Najib tidak berhenti atau tukar jadual dia atas sebab2 tertentu yang aku sendiri pun tatau. Anwar tidak menukar atau menghentikan aktiviti2 dia atas sebab2 yang aku sendiri pun tatau. Mereka tak berbuat demikian walaupun mengetahui banjir berlaku di Kelantan disebabkan mereka memahami bahawa kehadiran mereka sebagai batang tubuh itu tak penting. Yang penting ialah keputusan mereka. Apa keputusan yang telah Najib buat bagi memastikan nasib mangsa banjir terbela. Apa agaknya keputusan yang Anwar buat bagi memastikan nasib mangsa banjir terbela. Adakah Anwar ada minta PAS dan DAP agar berhenti sekejap gaduh tentang hudud dan focus kepada permasalahan banjir di Kelantan? Adakah Anwar ada minta geng2 collect derma dan bagi bantuan kilat kepada kerajaan negeri Kelantan agar mereka boleh gunakan ia untuk bantu mangsa2 banjir? Adakah Najib dah bagi green light kepada pasukan penyelamat agar gunakan apa sahaja cara untuk menyelamatkan mangsa banjir regardless halangan?

Ini lebih penting dari kehadiran mereka sebagai batang tubuh. Berbeza dengan pemimpin2 di negeri Kelantan. Wakil2 rakyat di Kelantan. Sultan Kelantan. Diri mereka itu sendiri perlu hadir sebagai batang tubuh dan menyumbangkan tenaga disebabkan mereka wakil rakyat dan peranan mereka ialah menjaga kebajikan rakyat di Kelantan.

Ini pandangan aku la. Walaupun aku tak nafikan situasi Najib bermain golf dan bandingkan pula dengan apa yang berlaku di Kelantan memang nampak tak kena disitu dan boleh dicop sebagai tidak peka.

Tapi setakat itu je la. Aku taknak serabut join gaduh2 sesama partisan neh. Baik aku focus update2 isu semasa berkaitan banjir dan teruskan salur maklumat berkaitan agar dapat meningkatkan kesedaran pembaca sekaligus menimbulkan minat dan kesedaran mereka untuk menderma. That's it. Yang nak gaduh teruskan gaduh. Lantak lue orang la.

Haha.

Share this :

Previous
Next Post »