Gambar2 Pelbagai Jenis Haiwan Dalam Keadaan Menyedihkan Diselamatkan Di Subang.

100 dan lebih jenis haiwan.

Ini termasukla anak kucing, anak anjing, kucing, anjing, dan haiwan seperti monyet dan ungka. Namun yang paling banyak ditemui ialah anjing.

Perkara ini berlaku di sebuah lokasi rumah banglo di Subang. Pembongkaran kes itu membawa kepada siasatan ke atas pasangan suami isteri atas kes mendera binatang termasuk mengurung beberapa spesis binatang tanpa dokumen dan lesen yang sah.

Dan apa yang berlaku terhadap kesemua binatang itu ialah binatang2 itu telah dikurung dalam sangkar. Dibiarkan tanpa air dan makanan yang mencukupi sehingga ada yang sakit, kurus kering, buta, tidak mampu berjalan, cacat, dan tidak mampu bersuara. Binatang2 itu ketakutan dan kelaparan untuk berhari2 lamanya.

Menurut laporan yang dipetik dari The Star, keadaan persekitaran yang menempatkan haiwan2 tersebut juga sangat tidak terjaga bahkan haiwan2 tersebut turut dirantai walaupun telah dikurung dalam sangkar.

Pasukan penyelamat menyifafkan inilah rekod paling teruk dalam sejarah penderaan binatang di negara ini kerana melibatkan pelbagai spesis binatang dengan sebahagian besarnya ialah anjing dan dalam jumlah yang agak banyak. 

Hal berkenaan telah mendapat kritikan dari pencinta2 binatang di laman sosial dengan mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan tegas ke atas pemilik banglo berkenaan. 

Lihatlah gambar2 haiwan2 tersebut ketika ditemui oleh pasukan penyelamat pada 
semalam ;












Share this :

Previous
Next Post »