GST Untuk Pemandu Teksi Dikuatkuasa Bermula 1 April 2015 - Ini Jawapan KASTAM KPD Persatuan Teksi (PERSIM).


Seperti yang kita ketahui, bermula 1 April 2015, GST, satu bentuk sistem percukaian baru akan dilaksanakan secara berperingkat untuk menggantikan sistem percukaian lama, iaitu SST.

Seperti yang kita sering diberitahu melalui iklan di media massa dan pelbagai medium, perkhidmatan awam seperti sistem pengangkutan tidak akan terjejas dengan pelaksanaan GST kerana ia antara yang tertakluk dalam barangan atau jenis perkhidmatan yang dikecualikan daripada pelaksanaan GST.

Namun. Perkara ini nampaknya tidak benar apabila PERSIM, Persatuan  Transformasi Pemandu Teksi Malaysia mengesahkan bahawa GST akan dilaksanakan kepada pemandu2 teksi di Malaysia bermula 1 April. Mungkin kerana PERKHIDMATAN TEKSI tidak di anggap sebagai salah satu jenis pengangkutan awam di negara neh kerana dioperasikan oleh syarikat swasta. 

Susulan dari penyebaran gambar di atas, ini respon PERSIM yang kami terima menerusi laman facebook KBSB ;


Namun saya masih dalam usahakan bertemu dengan ketua Pengarah Kastam bahagian GST untuk membuat rayuan Pengecualian jepada pemberi perkhidmatan iaitu Pengecualian kepada warga pemandu teksi.

"Email dari Kastam susulan surat rasmi PERS1M"

Encik Kamal,

Selamat petang. Berikut merupakan maklumbalas berkenaan dengan soalan yang dikemukakan daripada Persatuan Transformasi Pemandu Teksi Malaysia (PERSIM) :

Soalan 1:

 
Adakah pemandu teksi yang diberi perkhidmatan dan berpendapatan rendah diwajibkan membayar cukai GST?

 
Ya. Apa-apa perkhidmatan yang tidak dikategorikan di bawah Perintah Cukai & Perkhidmatan (Pembekalan Berkadar Sifar) 2014 dan Perintah Cukai & Perkhidmatan (Pembekalan Dikecualikan) 2014 adalah tertakluk kepada GST pada kadar standard sebanyak 6%. Sebagai contohnya, sewaan teksi dan servis ke atas teksi adalah perkhidmatan bercukai GST pada kadar standard 6%.
Soalan 2:

 
Sekiranya kami harus membayar cukai GST, kepada siapakah perlu kami jelaskan pembayaran tersebut?

 
GST dibayar oleh pemandu teksi kepada syarikat teksi berdaftar di bawah GST yang mengenakan GST ke atas bekalan atau perkhidmatan bercukai tersebut, dan seterusnya syarikat teksi yang berdaftar tersebut harus membayar GST tersebut kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Soalan 3

 
Apakah kewajaran kami dikenakan cukai GST sedangkan tambang yang penumpang bayar kepada kami tidak dikenakan cukai GST?

 
GST dikenakan kepada semua rakyat Malaysia yang memperolehi barang dan perkhidmatan bercukai di Malaysia. Mana-mana orang yang menjalankan perniagaan dikecualikan atau orang yang tidak berdafar GST juga perlu membayar cukai.

Soalan 4

 
Adakah tindakan syarikat teksi mengarahkan pemandu teksi membayar cukai GST 6% kepada syarikat itu benar?

 
Sewaan teksi yang dikenakan oleh syarikat teksi yang berdaftar di bawah GST kepada pemandu teksi adalah perkhidmatan bercukai dan GST akan dikenakan pada kadar 6%. Ini tertakluk sekiranya jualan tahunan syarikat telah melebihi nilai ambang (threshold) sebanyak RM 500,000, syarikat adalah wajib didaftarkan di bawah Akta GST 2014 dan mengenakan GST sebanyak 6% ke atas perkhidmatan bercukai tersebut.

Soalan 5

 
Jika tindakan syarikat teksi mengenakan cukai GST kepada pemandu teksi itu benar, bagaimanakah pelaksanaanya, 6% itu diambil kira dari mana?

 
Sebagai contohnya, GST harus dikenakan ke atas jumlah sewaan seperti berikut :
Nilai Sewaan RM 50
GST 6% (RM 50 x 6%) RM 3
JUMLAH RM 53


Sekian, terima kasih.

Kho Wun Lin
Penolong Pengarah Kastam
Sektor V
Bahagian GST
Ibu Pejabat Kastam Diraja Malaysia

 
Apa kata pemandu teksi dan rakyat Malaysia? Adakah wajar pemandu teksi dikenakan GST 6%?

Share this :

Previous
Next Post »