t>

Breaking News

Ini Jawapan SHELL Berkenaan Kekurangan RON 97.


Beberapa hari neh ramai orang complain yang bekalan RON 97 tidak terjual di station minyak SHELL. Katanya dah habis bekalan dan stok. 
Ada macam2 spekulasi juga.
Ada yang kata sengaja nak paksa orang mengisi minyak ron 95. Tapi macam pelik sikit. Kalau kat SHELL takde ron 97. P la isi tempat lain. Bukan ada satu station minyak jek sekarang. Ada banyak dan merata. Terutamanya di kawasan bandar. Bersepah. 
Berikut kat bawah ialah kenyataan media dari SHELL Malaysia seperti yang dilaporkan oleh The Star. 
Shell Malaysia Trading Sdn Bhd mengesahkan beberapa stesen minyaknya di Semenanjung Malaysia mengalami kekurangan V-Power 97 berikutan permintaan tinggi.
“Kami sedang berusaha untuk memulihkan bekalan di kawasan yang terjejas dan komited untuk memberi perkhidmatan berkualiti kepada pelanggan kami,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan, Isnin.