t>

Breaking News

Ini Kadar Baru Bagi Peperiksaan UPSR, SPM, SPMU & STAM Bermula 1 Jan 2015.

Disebalik amaran menteri agar kakitangan kerajaan tidak mendedahkan atau menyebarkan dokumen2 kerajaan kepada umum termasukla menerusi media sosial seperti facebook nampak gayanya amaran itu sama sekali tidak diendahkan oleh kakitangan2 kerajaan di negara ini.

Yang terbaru beberapa dokumen berkenaan kenaikan kos yuran bagi peperiksaan2 utama di negara kini viral di laman sosial termasukla di wassap, twitter dan facebook.

Dokumen 3 helai yang memaparkan jumlah kenaikan kos yuran bagi peperiksaan utama di negara ini dikatakan telah diluluskan dan akan berkuatkuasa mulai 1 Jan 2015. Ketika ini tiada respon yang diterima dari pihak kementerian pelajaran Malaysia dan lembaga peperiksaan bagi menyatakan kesahihan penyebaran dokumen tersebut.