t>

Breaking News

Ini Rangkuman Maklumat Palsu Berkaitan Musibah Banjir 2014 - Berhenti Sebar Atau Bersedia Diburu PDRM.

Perkara2 yang besar dan menimbulkan kontroversi seringkali diselitkan dengan elemen2 fitnah bagi tujuan provokasi dan propaganda. Seperti insiden Lahad Datu, insiden MH370, insiden MH17, insiden QZ8501 pun tak terlepas rupanya. Ini termasukla juga insiden yang membabitkan musibah banjir di beberapa buah negeri yang sedang berlaku ketika ini.

Kepada yang dah tersebar maklumat palsu, sila risau. Sungguh pun PDRM dan SKMM tidak akan mengambil apa2 tindakan kepada korang semua ketika ini namun mereka tetap akan mengambil tindakan undang2 selepas musibah banjir berakhir. Dan. Mereka menasihatkan kepada orang ramai agar berhenti menyebarkan maklumat yang tidak sahih kerana ia berupaya menimbulkan kekacauan dan suasana huru hara di kalangan mangsa banjir yang terlibat. 

Berikut kat bawah ialah beberapa penyebaran maklumat palsu yang anda mesti ketahui dan berhenti menyebarkan maklumat tersebut kerana ianya tidak benar dan palsu.

Yang pertama.


Berkenaan penyebaran gambar mayat kanak2 yang ditemui di Kuala Krai. Si Fey Gaijin neh perghh.. kemain lagi temberang. Jenazah anak dikeluarkan oleh team kami di Kuala Krai.. masih ramai lagi yang tertimbus.. aku sebak bro nak type..

Sebak nak type ke sebak sebab mengelentong orang? Aduhai. Disebabkan penyebaran gambar tersebut la ramai orang dok copy paste di wassap mengatakan berlaku banyak kematian di Kuala Krai tau. Hakikatnya. Gambar tersebut merujuk kepada satu kejadian yang berlaku di Indonesia.

Yang kedua.

Susulan dari gambar di atas, tersebarnya maklumat bahawa berlaku berpuluh2 kematian di Kuala Krai. Yang tertimbus dalam satu rumah. Yang ditemui selepas air surut. Ramai mayat2 bergelimpangan. Semua berlaku disebabkan musibah banjir dan bantuan tidak tiba untuk menyelamatkan kesemua mangsa2 yang terkorban.

Yang neh pun penyebaran maklumat palsu.

Menurut laporan polis, ketika ini berlaku 9 kematian dan 4 kehilangan di Kelantan berkaitan insiden banjir. Ini maklumat rasmi. Rujuk sini.

Yang ketiga.


Sekolah Manek Urai runtuh. Ini pun maklumat palsu. Akibatnya, pihak berkuasa telah mendedahkan no kad pengenalan beberapa pihak dan minta kesemua penyebar2 maklumat berkenaan runtuhan sekolah Manek Urai untuk tampil bagi membantu siasatan. Siap masuk station TV lagi.

Yang keempat. 


Maklumat yang mengatakan ada sukarelawan mengesahkan banyak mayat bergelimpangan di Kuala Krai juga merupakan sebaran palsu dan fitnah.

Yang kelima.

 
Lori yang membawa bantuan dari SABASUN ke Kota Bharu yang kononnya ditahan dan dirampas juga merupakan sebaran palsu.

Yang keenam.


Sewa helikopter yang dimaksudkan ialah helikopter yang dimiliki oleh persendirian ataupun under syarikat swasta. Itupun dikatakan sewa dalam kadar minima seperti tuang duit minyak. Dan berharap syarikat2 swasta dan orang2 kaya sudi tampil ringankan beban mangsa banjir. Itu aje. Maklumat yang tersebar neh dah bercampur baur sehingga hilang keaslian jalan cerita sebenar. 

Berkenaan penyebaran maklumat ratusan yang lain terkandas dan tidak diberikan sebarang bantuan dan kekurangan bekalan makanan dan barangan keperluan, itu maklumat yang benar. Cuma apa yang perlu difahami ialah ;

1. Beberapa hari terawal ketika berlaku musibah banjir, jumlah kakitangan yang dikerah untuk membantu adalah terhad.

2. Mereka kekurangan bot dan kenderaan bagi menghulurkan bantuan.

3. Tidak mendapat informasi bahawa bantuan diperlukan di kawasan tersebut.

4. Bantuan tidak sampai disebabkan faktor cuaca dan arus air.

5. Dan pasukan penyelamat serta para sukarelawan tanpa mengira partisan dan NGO telah cuba sedaya upaya untuk menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan sejurus mereka boleh menghulurkan bantuan.

Bagi mangsa yang terperangkap, kita boleh faham betapa tertekan, takut dan traumanya mereka menghadapi situasi tersebut. Mereka kongsikan pengalaman mereka. Cara penyampaian mereka beremosi sebab itu pengalaman mereka. Tapi bagi kita yang nak menghulurkan bantuan dan menyampaikan maklumat, jangan la selitkan perkara tersebut dengan unsur2 fitnah dan provokasi. Kita neh kalau buat macam tue seolah macam sengaja mengambil kesempatan untuk tambahkan elemen2 provokasi supaya insiden itu nantinya menjadi point2 bagi orang benci kat BN. Hak ala.

Perlu dibezakan antara kerajaan dengan parti.

Nak benci BN, benci la.

Tapi bukan semua kakitangan kerajaan tue penyokong BN dan anggota penyelamat yang ditugaskan untuk membantu mangsa banjir mewakili kerajaan Malaysia, bukan mewakili kerajaan BN.

Belajar2 bezakan oke.