t>

Breaking News

Khemah Baru Tiba UTK Mangsa Banjir, Kerajaan Akhirnya Terima Kritikan Rakyat Malaysia.

Ya.

Pada tahun lepas ketika berlaku banjir yang teruk melibatkan daerah Kuantan, kerajaan telah dikritik teruk oleh rakyat Malaysia kerana gagal menyediakan bantuan dan menyediakan kemudahan yang sepatutnya kepada mangsa banjir.

Perbandingan dilakukan oleh rakyat Malaysia menerusi satu gambar apabila membandingkan penempatan mangsa banjir di luar negara dengan Malaysia.

Ini ialah hujah rakyat Malaysia kepada pemimpin di negara neh. Disampaikan melalui satu gambar melalui satu mesej yang sangat jelas tersurat.

Lihat ;


Dan isu mengenai khemah ini telah menjadi perbahasan hangat di antara pengguna2 media sosial. Yang menyokong ada. Yang membantah pun ada. Yang membantah selalunya penyokong kerajaan.

Alasan mereka ?

- Mangsa banjir dilanda musibah tak perlu banyak bunyi. Elok muhasabah dan dah orang nak bantu terima la seadanya. Nasib baik ada penempatan banjir, disediakan makanan dan tempat berteduh. Nak minta dan harapkan lebih2 buat apa. Pergi bercuti ke neh? Pusat penempatan banjir hotel kah? Perlu sediakan aircond apa semua?

- Tak perlu tiru stail negara luar. Masing2 ada cara masing2 nak salurkan bantuan.

- Berterima kasih la sikit usah hanya tahu mengkritik setiap masa. Masa2 macam neh sepatutnya bersatu bukan berbalah.

-  Bukan selalunya banjir. Kadang2 je. Jadi ia bukan keperluan dan tiada kepentingan untuk menekankan penggunaan khemah.

Tapi. Sayangnya. Penyokong2 kerajaan kat sini dah gagal dan kalah apabila kerajaan lebih favor dengan point2 pengkritik macam kami.

Buktinya?

Lihat ;


Tahun neh buat pertama kalinya kerajaan menyediakan khemah untuk mangsa banjir.


Di mana? SMK Sultan Ismail, Kota Bharu, Kelantan. Ini ialah di pusat pemindahan bagi mangsa banjir di sekitar Kota Bharu. Bantuan atau penyediaan khemah ini akan disalurkan secara berperingkat demi peringkat di semua pusat penempatan banjir di seluruh negara.

Apabila kita terbaca di ruangan komen di laman sosial, mangsa2 banjir di pusat2 penempatan yang lain turut mengharapkan bantuan khemah itu tiba kepada mereka seperti bantuan khemah itu tiba kepada mangsa banjir di SMK Sultan Ismail.

Menurut maklumat yang aku terima dari geng2 IM4U, penyediaan khemah itu sedang diusahakan bagi pusat2 penempatan banjir di Kelantan terlebih dahulu. Kita tunggu dan tengokla hasilnya nanti macam mana tapi ini ialah satu kemajuan yang bagus berbanding tahun lepas.

Sebab itulah rakyat Malaysia perlu bersatu tanpa block2 partisan. Bila kita susun hujah tanpa mengheret idelogi politik kita, kita akan menjadi lebih rasional. Penyokong2 BN sangat tidak rasional dalam hujah membabitkan penyediaan khemah. Nasib baik menteri dan kerajaan bersikap rasional menilai hujah kita mengenai isu penyediaan khemah.

Penjilat. Kat mana2 dan pada siapa2 pun dia taraf penjilat. Takde fungsi selain menjilat. Sanggup dia perbodohkan diri bertekak isu khemah bagi mempertahankan kerajaan pada tahun lepas. Tah tahun neh dia sedar ke tak sedar dia kena telan ludah sendiri. Apabila rakyat Malaysia sibuk berbahas dan berhujah dengan pemimpin negara mengenai sesuatu isu, kalau kau rasa kau taknak tolong rakyat Malaysia walaupun ko tue pun kategorinya rakyat macam aku dan mereka juga, ko dok tepi makan popcorn sudah la. Kan tak pasal2 dah malu. Rakyat Malaysia yang rasional sentiasa fikir penambahbaikan mutu pentadbiran negara oleh pemimpin2 kita. Rakyat Malaysia yang dungu sentiasa cari jalan untuk melakukan jilatan tahap maksima. Apakah kategori kita? Lue fikirlah sendiri.

Btw. Last but not least.

Lihat gambar ;


Aha. Isu bantuan banjir yang tidak sampai ke tangan penerima mangsa banjir. Yang neh pun kena kritik dan persoalkan kerajaan juga. Mohon diadakan siasatan supaya tiada mana2 mangsa banjir dijadikan sasaran untuk pihak2 tertentu lakukan penyelewengan.

Bai.