Kisah Polis Miami Membantu Ibu Susah YG Mencuri Kerana Terdesak - Pengajaran Untuk Polis Malaysia.


Baru2 neh seorang ibu tunggal yang mempunyai 6 anak telah ditahan kerana mencuri. Dia mencuri susu formula dan kicap. Sebagai 'balasan' akibat perbuatan tersebut dia dikenakan hukuman penjara 6 hari dan denda 300.

Nilai2 barang curiannya dianggarkan sekitar 138.20.

Bukan sahaja dia perlu membayar jumlah denda yang lebih tinggi dari apa yang dia curi bahkan dia diadili secara kejam kerana dihukum walaupun mencuri akibat desakan hidup.

Bacaan lanjut tentang kisah tersebut, rujuk sini.

Pada tahun lepas di Miami telah berlaku satu kisah yang hampir serupa dengan apa yang berlaku di Malaysia. Cuma kat sini cara mereka menanggani kes tersebut sangat berbeza dari cara kerajaan kita menanggani insiden tersebut.

Kronologi.

1. Seorang ibu yang terdesak dan miskin telah mencuri barangan dapur di sebuah pasaraya.

2. Selepas kantoi kerana mencuri, satu laporan polis di buat atas kejadian tersebut.

3. Pegawai polis yang diarahkan bertugas untuk menyiasat kejadian tersebut bergegas ke lokasi dan menjalankan siasatan.

4. Pegawai polis tersebut bernama Vicki Thomas yang telah berkhidmat 23 tahun dalam agensi keselamatan.

5. Setelah menjalankan siasatan, hasil siasatan mendapati bahawa ibu terdesak tersebut didapati terpaksa mencuri akibat desakan hidup. Dia tidak memiliki sebarang duit dan anak2 menangis kelaparan maka dia mencuri supaya anak2nya boleh makan.

6. Nama ibu terdesak tersebut ialah Jessica Robles.

7. Apa yang pegawai polis ini buat ialah dia menghantar ibu yang tertekan itu ke rumahnya, memberinya $100 untuk membeli barang makanan untuk anak2 dan memberikannya satu amaran (nasihat) bahawa mencuri adalah jenayah dan dia sepatutnya menjauhkan diri dari aktiviti tersebut.

8. Pegawai polis itu juga memberitahu Robles di kawasan2 yang menawarkan makanan percuma yang dia boleh dapati setiap hari tanpa perlu mencuri untuk makan demi anak2.

9. Kisah tersebut viral dan orang ramai mula tampil dan membantu ibu Robles yang terdesak tadinya tue.

10. Komuniti setempat berhasil mengumpul derma sebanyak $700 dan Robles menggunakan wang tersebut untuk membeli barangan dapur.

11. Bukan itu sahaja, bahkan Robles ditawarkan kerja dengan segera bagi memenuhi keperluan hidup. Macam mana sekalipun, kita tetap perlukan CASH untuk hidup dan bergerak kat dunia neh kan.

12. Jadi kisah tersebut berakhir di mana ibu miskin yang mencuri kerana memberi makan untuk anak2 akhirnya dibantu oleh masyarakat dan polis bagi menyelesaikan masalahnya supaya dia tidak lagi mencuri di kemudian hari.

Apa yang menarik dalam kisah neh ialah ;

- Pegawai polis itu bukan orang Islam.

- Masyarakat yang membantu itu juga bukan orang Islam

- Di negara yang tak pernah dilabel sebagai negara Islam

Tapi cara mereka menyelesaikan masalah adalah sangat mendekati kepada tuntutan Islam.

Bila bercakap pasal malu, boleh jadi Robles malu untuk menyuarakan masalahnya secara terbuka kepada jiran2. Dan mungkin perkara yang sama juga berlaku ke atas ibu tunggal 6 anak tersebut. Namun. Selepas kisah tersebut viral, komuniti tetap datang dan membantu kerana komuniti prihatin. Perkara yang sama juga akan berlaku kepada ibu tunggal 6 anak tersebut kerana masyarakat kita bukan jahat dan kejam pun. Cuma, bila komuniti tidak tahu, maka kita tidak tahu. Bila tidak tahu macam mana nak bantu. 

Betul? 

Kat sini la peranan pegawai polis sangat penting memandangkan GIANT ialah syarikat kapitalis yang mungkin tidak mahu mempercayai secara melulu alasan2 yang dinyatakan oleh seorang pencuri yang pada tanggapannya akan menipu demi menyelamatkan diri.

Orang yang mencuri kerana desakan hidup, mereka tidak dihukum. Bahkan mereka dibantu.

Di Malaysia, mencuri kerana desakan hidup perlu dipenjarakan by any means. Atas nama mencuri adalah mencuri dan tiada alasan untuk menghalalkan aktiviti kecurian. Namun. Yang mencuri besar2 seperti bapak2 menteri, kongsi gelap, samseng, suka sakat depa tak pernah pula kena tahan, denda, hukum dan penjara.

Tafsiran 'mencuri' di Malaysia neh memang agak pelik dan sadis. Kalau la kita menjadi lebih prihatin sudah pasti si ibu yang mencuri susu dan kicap itu sedang enak bekerja kerana pasaraya Giant, polis, hakim sedar bahawa seseorang yang mencuri akibat desakan hidup perlu dibantu untuk selesaikan masalah dia, bukan ditambahkan masalah dan hukum membuta tuli.

Lue fikirlah sendiri.

Sumber berita : Dailymail UK

Share this :

Previous
Next Post »