t>

Breaking News

MB Kelantan Dilapor Merasmikan Persidangan Agung PEKIDA.


Terdapat beberapa penyebaran gambar di laman sosial melaporkan bahawa menteri besar Kelantan, Ahmad Yaakob dijemput hadir untuk merasmikan perhimpunan agung Pekida bertempat di majlis perbandaran Kota Bharu, Kelantan.

Ini antara yang tersebar di laman sosial ;


Setakat neh gambar2 yang disebarkan belum lagi menunjukkan kelibat MB Kelantan hadir ke majlis yang dinamakan di atas. Apa yang tersebar di laman sosial adalah sekadar poster jemputan dan ia disebarkan oleh penyokong2 dari partisan PR dan BN sendiri secara berleluasa dengan pelbagai caption samada yang menyindir mahupun menyokong.

PEKIDA sebenarnya ialah sebuah organisasi yang seringkali dikaitkan dengan amalan samseng dan gangsterisma meskipun ia dinafikan oleh ahli2 PEKIDA. Dan PEKIDA juga sebenarnya ialah sebuah organisasi yang secara terang2nya menyokong kepimpinan kerajaan Barisan Nasional.

Rujuk sini ;


Sumber : sini.

Perkara ini agak kontroversi disebabkan MB Kelantan ialah ahli PAS manakala PEKIDA ialah organisasi yang condong ke BN. Ibarat MB Kelantan dijemput merasmikan majlis perhimpunan agung UMNO. Apatah lagi di saat PAS Kelantan terpalit dengan skandal mahu berUG dengan UMNO. Maka sedikit sebanyak ia akan diperkatakan orang. Selain dari itu, PEKIDA seringkali dikaitkan dengan aktiviti2 yang disifatkan sebagai samseng dan kekerasan.

Apa2 pun kita masih tunggu pengesahan rasmi dari MB Kelantan. Adakah penyebaran poster2 tersebut adalah palsu ataupun benar. Dan jika benar, salahkan seorang MB Kelantan dijemput merasmikan perhimpunan agung NGO atas kapasiti dia ialah penjawat awam tertinggi bagi negeri tersebut?

Sama2 fikirkan.