t>

Breaking News

Menteri Minta Maaf Di Atas Kekasaran Penyokong #HarimauMalaya - Identiti Penyokong Ganas Didedahkan..


Menurut beberapa maklumat yang aku kumpulkan berdasarkan kepada beberapa laporan2 akhbar dalam dan luar negara, keganasan malam tadi memang berpunca dari sikap penyokong2 kita sendiri. Bahkan. Sehari sebelum perlawanan, media Vietnam ada melaporkan bahawa penyokong2 mereka bimbang jika penyokong2 Harimau Malaya menggunakan laser dan bakar flare pada perlawanan bertemu Vietnam (semalam) ketika itu.

Maklumat aku ;

- Penyokong Harimau Malaya menyerang wanita sekalipun dalam kekasaran semalam.

- Baling botol ke arah penyokong2 Vietnam. Berisi air sekalipun. Berat so sakit la kalau kena kat badan kan. Itu yang sampai basah2.

- Agak tersentak dengan tindakan tersebut, maka ada yang lari kelam kabut dan ada yang tersepit di antara yang menyerang dan yang mahu lari dari serangan.

- Di Twitter sesi salah menyalahkan berlaku. Yang tuduh Ultras ada, yang tuduh Holligans ada, yang tuduh JDT fans pun ada.

- Di media sosial, salah seorang penyokong #harimaumalaya yang melakukan keganasan dikenalpasti. Gambar dan laman facebooknya mula menjadi viral di beberapa page2 sukan (facebook page) dalam negara.

Lihat ;



- Antara respon penyokong2 Vietnam yang dipetik menerusi facebook terhadap Daniel Akmal ;





- Nampak gayanya penyokong2 Vietnam mengikuti dengan rapat perkembangan insiden tersebut dan mungkin mengambil tahu perkembangan menerusi page2 sukan facebook dalam negara.

- Ini apa yang dilaporkan oleh agensi berita luar negara. Dan video kedua pula adalah rangkuman aksi keganasan yang berlaku malam tadi.

Lihat ;



Dan ini video kedua ;

 

- Agensi berita luar negara seperti Singapura, Indonesia, Thailand dan Vietnam turut melaporkan insiden keganasan penyokong Harimau Malaya.

- Ada yang mengaitkan insiden keganasan tersebut berpunca dari tindakan Safiq Rahim yang bermain kasar ketika perlawanan pada saat2 akhir perlawanan. Sapa yang tengok perlawanan malam tadi memang tak akan bersetuju dengan tindakan Safiq Rahim yang secara sebarangan meluku kepala salah seorang pemain Vietnam. Sudah la meluku, lepas tue dia plak yang marah. Nasib baik pengadil ada bekap dia dari kena luku balik dengan pemain2 Vietnam yang paneh ahti. Pun begitu. Safiq Rahim dikenakan kad kuning balasan di atas tindakannya yang secara sebarangan tue. Mungkin dia tekanan. Tapi itu bukan caranya Safiq oii.

- Setakat neh FAM dan PDRM belum keluarkan apa2 kenyataan rasmi berhubung kejadian malam tadi.

- Mungkin mereka tunggu hasil siasatan penuh dan selepas itu baru la keluarkan satu kenyataan rasmi.

- Dan ini punya kenyataan mengenai IJF (Holligans) yang dikaitkan sebagai punca kepada aksi keganasan malam tadi.

 
 - Namun ramai juga yang mengkritik admin JST selepas insiden malam tadi. Kata mereka. Selepas siri kekasaran demi kekasaran sehingga kemuncaknya malam tadi yang memalukan nama negara dan penyokong2 bola sepak tanah air, baru la beria2 nak bercakap yang IJF diharamkan la.. tiada kaitan la.. apa la. 

- Ini pula gambar yang penyokong2 Harimau Malaya viralkan dengan tujuan bagi memberitahu bahawa hanya segilintir saja penyokong2 yang ganas dan bertindak liar. Ramai di kalangan penyokong2 pasukan yang berbeza, mereka bersahabat dan tiada masalah untuk berbaik2.


Harap2 pihak berkuasa dapat mengambil tindakan tegas dan adil terhadap pihak2 yang melakukan keganasan malam tadi. Dan untuk penyokong2 Vietnam yang teraniaya, trauma, tercedera dan berdarah, harap2 mereka diberikan rawatan tanpa dikenakan sebarang caj. Mereka tetamu, rasanya kurang ajar gila kot kita melayan tetamu macam neh. Main bola jek pun. Kita bukan nak p bunuh orang. Tak payah la taksub.