t>

Breaking News

Peniaga Asing Conquer Stadium Bukit Jalil - Apa Kata Rakyat Malaysia?


Apa pendapat korang semua? Sedangkan polis bersepah je ada kat lokasi stadium. Takde tindakan dan pemantauan ka?

Oke. Ini apa yang dilaporkan oleh Sinar Harian. 

Point2 penting ;

- Kebanyakkan yang meniaga di kawasan stadium semalam ialah warga asing.

- Keadaan itu menyebabkan peniaga tempatan rasa tidak puas ahti disebabkan tiada tindakan penguatkuasaan dan pemantauan dan mereka mahu khususnya dari DBKL itu sendiri turun padang menyelesaikan masalah berbangkit.

- Peniaga tempatan bukan saja perlu mengambil lesen bahkan turut membayar sewa tapak yang mahal. Peniaga asing yang tiba2 datang membanjiri kawasan perniagaan tidak perlu membayar sewa bahkan samada mereka memiliki lesen perniagaan atau tidak turut menjadi tanda tanya bagi peniaga tempatan.

- Perkara ini sudah berlarutan selama bertahun2.

WOW. Dah lama. Tapi takde tindakan tegas? Jeng jeng jeng.. apa yang berlaku? Apa yang sedang disorokkan? Kurang2 PDRM yang diarahkan bertugas jaga stadium takan tak aware kot?

Hehe. 

Laporan penuh Sinar Harian ;

Peniaga warga asing dilihat mendominasi sekitar Stadium Nasional Bukit Jalil dengan mengambil kesempatan menjaja di sekitar venue itu bersempena perlawanan akhir kedua Piala AFF Suzuki 2014 antara Malaysia dan Thailand, semalam.
Tinjauan Bernama mendapati rata-rata mereka membuka gerai menjual pelbagai makanan ringan seperti keropok lekor, burger, nasi bungkus dan air tin.
Keadaan itu jelas mengundang rasa kurang puas hati dalam kalangan peniaga tempatan yang mahu pihak berkuasa tempatan seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil tindakan tegas bagi menangani perkara berkenaan daripada menjadi lebih parah.

Mohd Izat Taufiq, 28, yang membantu isterinya, Azwana Jamil, 28, menjalankan perniagaan makanan ringan dan air berkata, tindakan warga asing berniaga itu turut menjejaskan peniaga tempatan.

"Kita minta pihak berkuasa ambil tindakan dengan menguatkuasakan undang-undang lebih tegas ke atas mereka (peniaga warga asing)," kata Mohd Izat.

Berkongsi pandangan sama, Mohd Hassan Mohd Tahir, 23, yang meminta DBKL supaya mengambil tindakan drastik termasuk menyita gerai peniaga warga asing bagi memastikan perniagaan orang tempatan tidak terjejas teruk.

Beliau yang membantu anggota keluarganya menjalankan perniagaan minuman ringan dan bertin sejak enam tahun lepas berkata perkara itu berlaku setiap kali berlangsungnya perlawanan bola sepak.

"Saya sudah membantu anggota keluarga saya berniaga sekitar stadium di Lembah Klang dan perkara ini masih berlarutan.

"Jadi, saya berharap agar DBKL atau pihak berkuasa lain dapat menangani masalah ini lebih tegas dan saya juga tidak pasti sama ada mereka (peniaga warga asing) mempunyai lesen atau tidak untuk menjalankan perniagaan.

"Bagi saya, perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku dan ia seolah-olah menutup peluang kami yang membayar sewa tapak dengan harga agak mahal sehingga RM3,000 bagi satu tapak berniaga," jelas Mohd Hassan. - Sinar Harian