t>

Breaking News

Suspek Tuntut Bendera Negara Islam Untuk Bebaskan Tebusan - Ini Luahan Mangsa Tebusan. #sydneysiege

Menurut satu agensi berita yang berpengkalan di Australia, dilaporkan bahawa suspek yang menahan beberapa tebusan pekerja dan pelanggan sebuah cafe telah menuntut satu bendera negara Islam sebagai ganti kepada pembebasan para tebusan.

Ketika ini bilangan yang dianggarkan menjadi tebusan ialah sebanyak 15 orang. Namun pihak berkuasa menafikan angka ini dan menjelaskan bahawa bilangan yang ditahan belum lagi dikenalpasti. Ini tidak termasuk mereka2 yang telah dibebaskan ketika artikel ini ditulis. Untuk rekod, beberapa pekerja kepada cafe tersebut telah pun dibebaskan secara berperingkat selepas sesi rundingan bermula.

Dan menurut laporan agensi berita itu lagi, suspek memaklumkan 4 bom telah dipasang di sekitar bandar Sdyney dan jika permintaan mereka tidak ditunaikan, bom tersebut akan dilancarkan.


Dalam pada itu, di twitter ketika ini hashtag #sdyneysiege mula membanjiri timeline dengan perkongsian berita dan maklumat berkaitan penculikan tersebut. Antara yang mendapat perhatian pengguna media sosial ialah pengakuan mangsa tebusan yang berada dalam cafe (ketika artikel ini ditulis) dan melaporkan 3 tuntutan para penculik sebagai ganti pembebasan para tebusan.

Baca ;

 
Yang pertama. Meminta bendera negara Islam dan seorang tebusan akan dibebaskan.

Yang kedua. Mahu bercakap dengan Tony Abbot (PM Australia) secara live (disiarkan di kaca tv) dan 5 orang tebusan akan dibebaskan.

Yang ketiga. Mahu media melaporkan bahawa agar anggota kumpulan penculik yang lain tidak meletupkan 2 buah bom di dalam bandar tersebut. 

Suspek dilaporkan memiliki senjata api dan sejenis bom.

Dalam pada itu di timeline twitter juga kecoh apabila beberapa rakyat awam menangkap gambar selfie di lokasi kejadian dan kongsikan gambar tersebut di laman sosial peribadi mereka. Tindakan itu dikecam sebagai tidak ber-ahti perut dan tidak peka dengan situasi semasa.

Lihat ;


Dan ketika ini menerusi agensi berita Reuters, gambar suspek tebusan sedang giat diedarkan menerusi laman sosial ;

Ciri2nya ;

1. Seorang lelaki dipercayai muslim
2. Berusia dalam lewat 40 an
3. Berpakaian hitam

Ini ialah gambar2 kejadian.