ASTRO AWANI Dikritik Hebat Di Laman Sosial Kerana Lapor Tentang Page Troll Amran Fans.

Berita sampah. Hilang kredibliti. Adakah Astro kini pengganti kepada Mangga. Itu antara komen2 kritikan yang dilemparkan kepada Astro Awani di laman rasmi facebook mereka sejak siang tadi.

Bahkan tak kurang juga yang mengesyaki bahawa Astro Awani dan admin Amran Fans ialah orang yang sama atau sekurang2nya kenalan rapat sehingga Astro Awani sudi melaporkan tentang apa yang berlaku kepada page troll tersebut.

Untuk rekod ini adalah kali ketiga page troll itu mendapat perhatian Awani. 

Kali pertama ketika page troll itu diban.
Kali kedua ketika page troll itu diban sekali lagi.
Dan kali ketiga adalah berkenaan kesedihan Amran tentang Hanis Zulaikha.

Selain dari Amran Fans, beberapa page troll terkenal yang lain seperti KHK (Kepala Hotak Kamu) dan Malaysian Gags tidak pernah sekalipun mendapat tempat di ahti Astro Awani dalam laporan pemberitaannya.

Ini apa yang dilaporkan oleh Astro Awani sehingga ia dipertikaikan oleh ramai pengguna media sosial.

 
Dan dalam laporannya juga Astro Awani menyatakan bahawa dia dihubungi oleh admin Amran Fans bagi menyatakan kekecewaannya terhadap lamaran yang diterima oleh Hanis Zulaikha.

Ini yang terpapar di laman beritanya ;

 
Dan ini adalah kritikan2 yang diterima oleh Astro Awani menerusi komen2 yang terpapar di laman facebook kendalian Astro Awani ;








Rujukan gambar : sini

Jika sebelum ini Sinar dikritik hebat kerana melaporkan berita tentang gambar anjing dalam HP keluaran jenama Samsung, kini disebabkan page troll Amran Fans, Awani juga menerima nasib yang sama.

Sebenarnya. Ada satu standard yang perlu pemberitaan profesional seperti Sinar dan Awani perlu jaga berbanding penulisan blog. Jika satu station pemberitaan yang berprestij seperti Awani pun laporkan berita2 seperti penulis2 blog yang lain maka apa perlunya belajar bidang journalism bertahun2? Elok bersara jadi blogger je la.

Haha. 

Share this :

Previous
Next Post »