Charlie Hebdo - Inila Akibatnya Menghina Nabi Kata Ibrahim Ali - Belum Apa2 Dah Cuba Gambarkan Ia Perbuatan Umat Islam!

Selain mencucuk sentimen penganut Islam, majalah komik mingguan itu juga mengkritik dan mencucuk sensitiviti bagi penganut-penganut kristian dan yahudi.

Baca : Kartun-kartun Charlie Hebdo yang menghina penganut beragama. 

Namun sehingga kini siasatan masih dijalankan dan masih terlalu awal untuk mengaitkan Islam adalah punca kepada kejadian. Kenyataan Ibrahim Ali itu seolah-olah memperlihatkan Islam di sebalik dalang dalam insiden keganasan yang mengorbankan nyawa 11 orang itu termasukla 2 polis dan 4 kartunis Charlie Hebdo.

Untuk rekod, 2 dari 3 suspek bagi insiden Charlie Hebdo telah pun menemui ajalnya.

Rujuk gambar ;


Oleh kerana kes tersebut masih dalam siasatan, dan yang paling penting Charlie Hebdo juga telah melakukan penghinaan ke atas semua jenis penganut-penganut yang beragama maka adalah amat tidak adil jika mengaitkan tindakan keganasan tersebut sebagai reaksi balas dari umat Islam ke atas penghinaan Charlie Hebdo ke atas Nabi Muhammad SAW.

Dan sekalipun terbukti ia dilakukan oleh penganut Islam, sebagai seseorang yang menganut Islam, adalah amat tidak wajar Ibrahim Ali mempromosikan keganasan adalah tindakan yang wajar apabila Nabi Muhammad SAW dihina.

Cluenya mudah. Nabi ketika hidup tidak pernah membunuh sesiapa yang menghina baginda di hadapannya.

Maka, kita jangan melangkaui lebih dari itu.

Walaupun karya-karya Charlie Hebdo itu berupa sindiran yang annoyying , jelek, kasar dan menghina tetapi cara kita nak membidas tindakan tersebut tidak perlu ke tahap membunuh. Komik vs komik. Pena vs pena. Charlie mengganas menggunakan pena, kita perlu la membidas dan membetulkan salah faham menggunakan pena juga.

Kalau sikit-sikit nak bunuh, sikit-sikit nak bunuh rasanya takde siapa pun layak hidup kat dunia neh memandangkan zaman sekarang kita melakukan macam-macam penghinaan ke atas agama setiap masa samada sedar mahupun tidak sedar

Fikir-fikirkan.

Ini kenyataan Ibrahim Ali yang dipetik menerusi Malaysiakini.

Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali berkata serangan ke atas pejabat mingguan Charlie Hebdo di Perancis merupakan kesan kepada tindakan menghina Nabi Muhammad dan menyakiti perasaan orang Islam.

"Apabila kerajaan Perancis tidak berbuat apa-apa (ke atas karikatur menghina Nabi), golongan yang terhina mengambil tindakan sendiri.

"Walaupun kita mengutuk serangan, inilah yang akan berlaku apabila anda menghina atau terlibat dengan hal ehwal agama lain,” kata Ibrahim dalam satu sidang media.

Ibrahim berkata banyak penghinaan dibuat ke atas Nabi Muhammad di media sosial namun individu bertanggungjawab tidak menjadi sasaran kerana menggunakan nama samaran.

"Bayangkan jika kita tahu siapa di sebalik akaun tersebut. Tanpa Akta Hasutan, mustahil serangan seperti itu boleh berlaku.

"Sebab itu saya setuju dengan (Menteri Pertahanan, Datuk Seri) Hishammuddin Hussein,” katanya.

Hishamuddin semalam menyatakan bahawa serangan di Paris itu tidak mustahil boleh berlaku di negara ini.

Share this :

Previous
Next Post »