t>

Breaking News

Gambar2 Babi Hutan Sesat Di MMU & Kenapa Ia Berada Disitu.

Ya. Babi bukan sebarang babi. Babi hutan yang datang ke perpustakaan universiti multimedia pada petang semalam.

Lihat gambar2nya ;





Babi hutan itu dilaporkan menceroboh ruang perpustakaan MMU dan pihak BOMBA dihubungi oleh MMU bagi mengeluarkan babi hutan tersebut. Pelajar2 yang berada di dalam perpustakaan tersebut diminta beredar bagi memberikan laluan kepada pihak universiti untuk menyelesaikan pencerobohan tersebut. Pihak bomba mengambil masa hampir 2 jam untuk menawan babi tersebut memandangkan babi hutan itu melawan ketika percubaan menangkapnya dilakukan oleh pihak berkuasa.

Ruang perpustakaan juga didapati berselerak (rujuk gambar) disebabkan babi tersebut yang melawan ketika cuba ditangkap.

Berikut adalah gambar babi hutan yang berjaya ditangkap. Tidak dapat dipastikan samada dia hidup ataupun mati ketika ditangkap. Dan pihak berkuasa belum lagi mengeluarkan kenyataan berhubung perkara tersebut. Kerja2 pembersihan juga sedang dijalankan dan ruang utama perpustakan ditutup bagi tujuan baikpulih. Babi hutan jantan itu dipercayai merempuh masuk ke perpustakaan menerusi kaca yang pecah di pintu masuk utama.