t>

Breaking News

Harakah Kantoi - Sebar Cerita Mengarut Tentang TG Nik Aziz Pula.

Sebelum ini Harakah telah dikantoikan beberapa kali kerana menyiarkan beberapa laporan yang tidak sahih menerusi portal mereka. Kalau pun mahu mempromosikan penulisan-penulisan dari laman blog seperti Malaysiakini, apa salahnya petik cerita yang lebih berasas dan berkredibliti untuk disebarkan. Kadang-kadang laporan mengarut pun mereka promote secara membuta tuli.

Dan disebabkan itulah, Harakah asyik terkantoi je berulang kali.

Tak cukup kena kutuk dengan laporan-laporan merepek yang mereka promotekan, Harakah juga terpalit dengan isu syiah, isu iklan ubat kuat dan juga krisis kepimpinan disamping masalah gaji pekerja. 

Sebenarnya. Iklan ubat seks tue bersepah ada kat mana-mana portal sekalipun. Tetapi oleh kerana Harakah dikaitkan dengan perjuangan Islam maka orang nampak pasangan tue tak kena.

Berbalik kepada tajuk asal, Harakah kali neh kantoi dalam sebaran isu cerita keajaiban TG Nik Aziz.

Lihat ;


 Antara yang terperangkap dan menyebarkan cerita berkenaan ;



Sedangkan hakikatnya ;



Sepupu kepada Nik Abduh yang juga anak saudara kepada TG Nik Aziz menceritakan versi sebaliknya pula.

Nampak tak permainan mereka kat sini?

- Cubaan nak mengangkat imej TG Nik Aziz secara keterlaluan.

- Ciri-ciri atau sikap sebegini sebijik macam syiah yang mengangkat Ayatollah Khomeini.

Sedangkan TG Nik Aziz steady je orangnya. Orang-orang yang menyukai dia sebenarnya yang suka berlebih-lebihan secara keterlaluan sehingga ke tahap seperti memuja atau mendewa-dewakan.

Orang2 macam ini la sebenarnya yang berbahaya.

Secara tak langsung rosakkan imej warak dan alim TG Nik Aziz. Kita kalau sayang seseorang pun biarla dalam had yang dibenarkan dalam Islam. Tak perlu melampau-lampau sangat meskipun orang itu sangat baik, sangat alim dan sangat zuhud seperti TG. Nik Aziz.

Aku pun pelik juga dengan Harakah sebenarnya. TG Nik Aziz kan mursyidul Am PAS. Macam la tak boleh dapatkan pengesahan terlebih dahulu sebelum main petik untuk promote di portal sendiri. Kalau la geng sendiri pun dia boleh 'terfitnah' secara tak langsung, macam mana la pula dengan orang lain agaknya ya..

HAHAHAHAHAHA..