Ini Wajah Bapa Yang Dera Anak Atas Alasan Anak Mempunyai Roh Jahat Di Dalam Badan.


Muka macam mat pet. Rupa-rupanya kaki dera. Alasan mendera plak tersangatnya lahai bangang. Bodoh nak mampos punya mak tiri dia yang bagi alasan tersebut untuk lepaskan tengkuk sendiri.

Aku harap PDRM boleh laju2 dakwa dan hukum mak tiri dia yang bertanggungjawab mengurung kanak2 tersebut. Macam sial. Sapa sebenarnya yang dirasuk oleh roh jahat? Budak tue ke ataupun mak tiri dia? Bodoh gila la kalau dia ingat orang nak percaya kat dia. Aku nak tengok muka mak tiri yang jahat tue. Aku harap dia kena bashing online macam ibu Lola kena. Biar satu Malaysia kenal kau dan lepas neh kau mesti berpada2 untuk melakukan tindakan sebarangan lagi. 

-------------------------

Bapa kepada kanak-kanak berusia tujuh tahun, yang dikurung sehingga beratnya hanya kira-kira tujuh kilogram ketika ditemui dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini, di atas tuduhan menganiaya dan menyebabkan kecederaan fizikal dan emosi.

Anak kandungnya yang diselamatkan polis minggu lalu akibat dikurung keluarganya di Butterworth didakwa.

Tertuduh yang juga merupakan attendan pam minyak, Shaikul Adli Mohd Affendi, 33, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan meminta dibicarakan selepas pertuduhan kesalahan yang dilakukan 15 Januari lalu dibacakan di hadapan Majistret, Muhammad Firdaus Abdul Wahab.

Mengikut pertuduhan, Shaikul sebagai penjaga kanak-kanak berkenaan didakwa menganiaya dan mendedahkan kanak-kanak itu kepada kecederaan fizikal dan emosi pada jam 7.34 petang di rumah bernombor 03-24, Lorong Sungai Dua Utama 22, Taman Sungai Dua, Butterworth.

Kanak-kanak malang itu sebelum ini dikatakan dikurung ibu tirinya kerana didakwa mempunyai 'roh jahat' di dalam dirinya.

Bagaimanapun seorang penduduk di kawasan perumahannya mendakwa itu hanya alasan yang diberi untuk penjada kanak-kanak itu menyelamatkan diri.

Ketika diselamatkan polis, kanak-kanak itu mempunyai berat kira-kira tujuh kilogram dan terlalu lemah akibat kekurangan makanan.

Kanak-kanak itu juga sudah dibawa ke hospital untu mendapatkan rawatan susulan selain kini memerlukan tumpuan khusus mengatasi trauma yang dialaminya.

Bagaimanapun sebelum ini, Ketua Polis Seberang Prai Utara, ACP Abdul Rahman Ibrahim berkata, pihaknya tidak mencatat keterangan daripada kanak-kanak berkenaan kerana menunggu laporan perubatan hospital.

Abdul Rahman turut menjelaskan, kanak-kanak itu akan diserahkan di bawah penjagaan Jabatan Kebajikan selepas keluar dari hospital kelak.

Shaikul dituduh dibawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan sabit kesalahan dia boleh di penjara 10 tahun dan denda RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Khairul Fairuz Rahman manakala tertuduh diwakili peguam, Saiful Ambar Abdullah Ambar.

Terdahulu ketika pertuduhan, pihak pendakwaan memohon supaya tertuduh tidak dibenarkan ikat jamin kerana ia adalah kes serius yang membabitkan penderaan kanak- anak dan kerap berlaku di dalam masyarakat.

Bagaimanapun mahkamah ‎membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin selepas rayuan oleh pihak pembelaan dengan syarat tertuduh tidak menganggu saksi iaitu mangsa sendiri sepanjang tempoh perbicaraan.

Mahkamah menetapkan 25 Februari depan untuk tarikh sebutan semula kes.

Kanak-kanak itu dilaporkan tidak bersekolah sejak Isnin, namun bapanya didakwa sudah mengambil wang bantuan RM100 untuk murid-murid pada hari yang sama.

Sementara, ibu kanak-kanak itu dipercayai warga Indonesia dikatakan menghilangkan diri dan polis mempercayai sudah pulang ke negara asalnya.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat,  Datin Paduka Chew Mei Fun berkata, pihaknya akan meneliti kes itu selain memberi jaminan terhadap keselamatan kanak-kanak berkenaan. -Awani-

Share this :

Previous
Next Post »