t>

Breaking News

Ini Wajah Kanak2 Umur 7 Tahun Yang Diselamatkan Oleh Cikgu & Polis Kerana Didera Oleh Bapa Sendiri.

Sepatutnya dedahkan muka kejam bapa sang pendera. Biar 1 Malaysia tahu kejahatan kau. Macam sial.

Semalam seorang cikgu telah membuat satu laporan polis selepas dia mengesyaki salah seorang murid baru tahun 1 didera oleh keluarga sendiri. Cikgu tue prihatin. Bagus. Aku puji sikap penyibuk cikgu tue. Kalau kita nak menyibuk sekalipun kita kena menyibuk perkara2 yang berfaedah contohnya kes yang membabitkan penderaan. Menyibuk macam tue memang menyibuk yang patut sangat.

Baca : Cikgu prihatin selamatkan murid tahun 1 yang teruk di dera.

Kemudian. Polis jalankan siasatan. Laju dan pantas. Sebab apa? Sebab bukan kes politik atau yang babitkan pemimpin. Polis kau neh kalau takde cengkaman dan halangan dari orang2 atasan sebenarnya boleh diharapkan juga untuk menjaga keselamatan rakyat. Yang buat slack ialah bila bidang keselamatan negara dipolitikkan keterlaluan sangat.

Semasa serbuan dibuat ini apa yang polis temui ;

1. Kanak2 tersebut tinggal berasingan dari keluarga sendiri.

2. Kanak2 tersebut tinggal berseorangan.

3. Terdapat kesan lebam dan dipukul.

4. Kanak2 tersebut dikurung dan ditemui dalam keadaan sadis.

5. Keadaan fizikal sangat tidak terurus dan kurus.

6. Kanak2 tersebut juga dibiarkan dalam keadaan tidak berjaga.

Bagi aku. Selain dari bapa budak tue, mak tiri dia pun sama bersalah. Kau macam takde akal biarkan anak tiri kau kena dera macam tue. Maksudnya kau bersubahat la untuk dera kanak2 yang tak berdosa tue. Macam sial. Aku memang pantang sikit dengan kes penderaan, buang anak dan sewaktu dengannya. Kalau boleh orang2 macam neh aku harap mereka semua kena pijak ramai2. Biar dorang rasa apa rasanya sakit kena dera. Eiihh geramnya aku.

Dan ini gambar anak yang didera itu.

 
Menurut pihak polis, ketika ditemui, kanak2 perempuan tersebut meminta makanan kerana kelaparan. Pegawai polis yang menemui kanak2 tersebut juga memaklumkan keadaan kanak2 itu tersangatnya menyedihkan dan inila kali pertama dia berhadapan dengan kes penderaan seteruk ini.

Ketika ini kanak2 tersebut berada di bawah penjagaan jabatan kebajikan masyarakat. Kanak2 tersebut akan diperiksa dan menjalani rawatan sehingga pulih.

Dalam perkembangan yang lain, bapa kanak2 tersebut kini direman untuk siasatan lanjut. Untuk rekod, anak tersebut ialah anak hasil perkahwinannya yang pertama dengan seorang wanita yang berasal dari Indonesia. Wanita itu kini telah pulang ke Indonesia. 

Bapa budak neh memang biol. Jaga anak takmau. Tapi duit bantuan persekolahan rm100 ringgit dia sebat.

Aku harap sesiapa tolong laju2 sebarkan gambar penjenayah kejam neh. Terasa nak ludah.

Bai.