Kantoi - Agensi Kerajaan Dikritik Kerana Gagal Membaca Tulisan Jawi.


Perkongsian Ilmiah : 

Sebelum zohor semasa "browse newsfeed" FB saya terperasan gambar perarakan Maulidur Rasul sebuah agensi kerajaan yang diadakan baru-baru ini. Apa yang menarik perhatian saya adalah tulisan khat yang tertera di "banner" tersebut saya amat kenali, ianya merupakan nama pasangan tempahan klien saya pada tahun 2008; "Mohd Mohyeddin & Mariani Omar".

Saya tertanya-tanya, apakah rasionalnya menggunakan tulisan khat nama pasangan tersebut untuk sambutan Maulidur Rasul?

Kesimpulan yang dapat saya buat adalah, masyarakat kita masih ramai lagi yang lemah memahami serta membaca jawi, dan betapa pentingnya Seni Khat "Education" pada masyarakat. Apa yang diharapkan semoga perkara ini tidak akan berlaku lagi pada masa akan datang, terutamanya melibatkan agensi-agensi besar dan ternama di Malaysia.

Semoga bermanfaat dan menjadi asbab kepada kebaikan. Jazakallah.


-------------------------

Sumber


Apa yang berlaku ialah satu perarakan Maulidur Rasul yang dianjurkan oleh ATM (kurang pasti secara spesific)  telah menggunakan satu logo tulisan khat yang langsung takde kaitan dengan perarakan tersebut dan mereka kantoi apabila tuan punya design mengenalpasti tulisan khat itu adalah salah satu hasil ciptaan.

Tapi aku taknak kondem ATM ke apa. Sebaliknya aku setuju dengan ulasan dari pengomen2 di wall facebook yang issue kan perkara di atas ;



Buat ATM. Tolong la laju2 menerima kritikan di atas secara terbuka dan perbetulkan apa2 yang salah.

Dan aku setuju dengan point Shah. Tak payah cakap part baca, menulis pun aku rasa ramai yang fail. Cuba fikir. Kita lepas habis sekolah, bila je menulis jawi atau menulis arab?

Kita banyak tulis ABC je. Kat komputer, kat handphone dan kat tempat kerja. Bila dah tak tulis, tak cakap so tak aneh la kita tak baca sehingga membuatkan kita gagal membaca dengan baik atau betul. 

Bagus juga la kalau kita perkasakan kembali tulisan JAWI. Takan nak harapkan orang luar yang bersuara bagi pihak kita. Malu kot.

Tengok neh ;

 
Di manakah peranan kita?

Fikir2kanla ek.

Share this :

Previous
Next Post »