t>

Breaking News

Kecoh - Pejabat Akhbar YG Siar Lakaran Kartun Nabi Diserang, 11 Terbunuh.


PARIS - Seramai 11 orang mati apabila dua lelaki bersenjata bertindak melepaskan tembakan menggunakan senjata raifal Kalashnikovs dan pelancar roket ke arah pejabat akhbar satira mingguan Perancis, Charlie Hebdo.

Menurut hasil siasatan, dua lelaki bersenjata tersebut dilaporkan memecah masuk pejabat berkenaan yang terletak di tengah kota Paris sebelum berlaku adegan tembak-menembak dengan pengawal keselamatan.

Kedua-dua lelaki tersebut kemudiannya merampas sebuah kereta dan memandu laju meninggalkan lokasi kejadian bagi mengelakkan daripada ditahan.

Presiden Perancis, Francois Hollande turut bergegas ke lokasi selepas mendapat laporan berhubung kejadian sebelum mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan perkara itu.

Syarikat akhbar Charlie Hebdo yang memperjuangkan bentuk dan gaya penulisan berbentuk satira itu mula dikenali selepas penerbitan karya kartun Nabi Muhammad S.A.W. - AFP