KTMB Di Kelantan Alami Kerosakan Serius, Dijangka Tidak Beroperasi Selama Setahun.


Bagi yang menggunakan perkhidmatan KTMB untuk menuju ke Kelantan atau dari Kelantan menuju ke negeri luar, maka ini adalah perkara yang anda perlu peduli.

Timbalan menteri pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi dalam satu kenyataan yang dipetik menerusi Sinar Harian versi cetakan memaklumkan ;

1. Perkhidmatan keretapi (KTMB) di Kelantan dijangka tidak akan beroperasi selama setahun.

2. Perkhidmatan itu termasukla keretapi antarabandar dan keretapi ke negeri lain.

3. Ini berlaku kerana perkhidmatan tersebut mengalami kerosakan yang sangat serius dan terganggu akibat bah yang melanda baru-baru ini dan kerajaan kini sedang menafsir jumlah kerugian yang sebenar.

4. Tafsiran awal kerugian mencatatkan kerugian KTMB mencecah 100 juta ringgit Malaysia.

5. Ini termasukla kerosakan di landasan keretapi, jambatan, beberapa gerabak keretapi dan peralatan2 serta beberapa stesen yang ditenggelami air.

6. Menurut Ab Aziz Kaprawi lagi, jambatan di Kemubu adalah yang paling teruk terjejas kerana ranap dan musnah akibat dihentam oleh kayu balak yang dibawa oleh arus banjir. 

7. Diharapkan warga Kelantan yang menjadikan keretapi sebagai pengangkutan utama dapat bersabar dalam masa setahun sehinggala semua perkhidmatan yang membabitkan keretapi dipulihkan dan dibaiki secara beransur2 tambah timbalan menteri itu lagi.

8. Dan ujar timbalan menteri lagi agar mereka yang menjadikan keretapi sebagai kenderaan utama boleh menggunakan alternatif lain buat sementara waktu lebih kurang setahun sebelum semuanya kembali pulih seperti biasa dan KTMB sedang berusaha melaksanakannya dengan sebaik yang mungkin dan sepantas yang boleh memandangkan keretapi merupakan pengangkutan yang penting di Kelantan.

Share this :

Previous
Next Post »