t>

Breaking News

Lebih Banyak Gambar2 Rosmah Mansur Shopping Di Thailand Disebarkan.

Sebelum neh terdapat satu gambar Rosmah Mansur yang bershopping di Thailand tersebar meluas di media sosial. Kali neh sebagai tambahan kepada gambar yang tersebar itu, ada 3 lagi gambar2 Rosmah di Thailand disebarkan.

Ini apa yang dilaporkan oleh blogger pro UMNO, Shahbudin ;

Ketika seluruh rakyat Malaysia masih tertunggu-tunggu penjelasan daripada Pejabat Perdana Menteri atau Najib Razak sendiri mengenai siapakah yang menggunakan jet kerajaan 9M-NAA yang masih misteri sehingga kini, kita lapangkan jiwa dengan menatap foto-foto ini.

Foto-foto ini dirakamkan sekitar pukul 8.00 malam, Sabtu 3 Januari di Central Chidlom, sebuah kompleks membeli-belah di Bangkok, Thailand.

Sebelum itu, jet kerajaan yang tidak diketahui siapa para penumpangnya juga dikesan oleh FlightRadar24 melepasi beberapa bandaraya utama dunia seperti Los Angelas, New York, London, Dubai sebelum mendarat di Bangkok.

Pada tarikh yang sama, Najib juga berada di Bangkok selepas mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya,  Perdana Menteri Thailand, Jenderal Prayudh Chan-ocha mengenai banjir.

Gambar-Gambar Rosmah Di Thailand Tersebar

Pada Ahad malam, 4 Januari pula, Najib dan keluarganya  berlepas pulang ke Kuala Lumpur daripada Bangkok dan tiba di KLIA sebelum 11 malam. Jet itu kemudian berlepas ke pengkalan TUDM Subang sebagai tempat penyimpanannya.

Najib kini sedang berehat atas nasihat doktor kerana dijangkit bakteria e.coli yang dipercayai menjangkitinya ketika meninjau keadaan banjir di beberapa negeri sebelum itu.

Apa pun didoakan semoga Najib segera sembuh dan sihat seperti sediakala serta dapat tampil merungkai pelbagai keserabutan mengenai jet yang menjadi bualan dan beban kepada kerajaan sekarang ini. 

-------------------------------------

Lihat gambar2 kat bawah neh ;






Apakah petunjuknya?

Peperangan maya untuk tamatkan riwayat Najib Razak sebagai perdana menteri Malaysia telah bermula. Geng Mahathir dah menjalankan misinya. Nak tepuk tangan atau join sekaki? Mai pilih.

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA